The Suse is basically a young band, formed in the middle of 2015 but I must say, they have a lot of goodness, talent and potential. The band has recently released “Demo // 2017” available in limited CD-R and cassette tape format, and also through their bandcamp. It consists of 5 tracks, more than 6 minutes of raw and noise Hardcore. Listen to the demo is something like listening demos recorded in the 90s. It sounds truly old school and lots of honesty inside. The Suse got inspired by Black Flag, Sex Pistols, Dead Kennedys, Minor Threat and the likes but on other way, I thought the band just plays on their own. Respect given to this DIY hardcore/punk band from Sukoharjo, Indonesia. Check it out!
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts
Monday, 16 October 2017
Friday, 24 April 2015
Review: SPONTANE - MOJRA (2014)
SPONTANE from Warsaw, Poland was founded in June 2003, started off their musical career with an EP entitled “Czekając na słońce” in the same year. Two other EPs have been unleashed; “Nie czekając na słońce” (2004) and “Odnajdź siebie” (2007). Debut full-length “Mojra” marks the 10-year success of SPONTANE in this DIY underground music scene.
The album “Mojra” which was released back in June 2014 contains 10 tracks musical hybrid; the mixtures of Hardcore Punk, Rock and Metal. The music compositions including song arrangement, riffings and recording qualities are absolutely amazing and at its best. Guitars are well-played with few great solo parts and the vocals are really superb.
Tracklist:
01. Taki jak ty – 4:20
02. By walczyc – 3:52
03. Dzień w mieście aniołów – 4:12
04. Widelec – 4:26
05. Lellum polellum – 3:03
06. Iluzja – 3:41
07. Garbata pycha – 4:05
08. Ktoś – 2:59
09. Powietrze – 3:31
10. Uciec ale dokąd – 3:57
“Mojra” as a whole is an album of 38 minutes duration, which serves a collection of music that is fresh, has a twist and the element of surprise, very entertaining as well as an example of a hybrid music that will be liked by anyone who is interested in underground music. Congratulations SPONTANE, you have proven your music career maturity and provide a good product for this scene.
facebook.com/spontaneband
spontane.bandcamp.com
youtube.com/channel/UCIcjQAprwnpxRLijkM11BLg
Friday, 9 January 2015
Review: CONTUSIÖN "Arroja La Bomba" EP 2014
"Extreme noise from CaliHell.. we are part of destruction!!". Well said. This phrase described perfectly about the existence of CONTUSIÖN and definitely defined their EP 2014 entitled "Arroja La Bomba". Energetic, destructive and forceful bound of Hardcore Punk aggressions. "Arroja La Bomba" released by Maldita Sea Records with 5 tracks; launched with an instrumental as Intro, subsequently explode the world with Arroja La Bomba, followed by the rapid assault of Toca Rápido, then see the downfall of mankind in Genocidio, thus life finally ends in horrible silent death called Silencios Abismales.
TRACKLIST
01. Intro - 2:29
02. Arroja la Bomba - 1:51
03. Toca Rápido - 1:58
04. Genocidio - 1:55
05. Silencios Abismales - 3:16
CONTUSIÖN in this recordings consisted of Zarraspastroso (vocals), Mutante (guitar), Cerdo (bass) and Mauro (drums). Crust as fuck! Thrashing like hell! Oh yeah, CONTUSIÖN from Cali, Colombia is extremely agent of massive destruction!!!. Check them out!
Saturday, 19 April 2014
Review: PERPETUAL "Grind Your Mind" CD 2013
Padat, ketat dan berat! Istilah-istilah tepat untuk menggambarkan isi kandungan album "Grind Your Mind" dari PERPETUAL. Sepertimana definasi mereka Brutal Harsh Grindcore, band berasal dari Sandakan, Sabah ini menggunakan sepenuhnya pengalaman luas dan perjalanan jauh mereka semenjak ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menghasilkan muzik yang benar-benar Grindcore, memenuhi piawaian Grindcore antarabangsa.
Dengan bantuan seorang rakan dari Sabah juga, saya perolehi CD mengandungi 10 buah lagu keluaran label The Noise Productions. Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan:
1. The Intruders
2. Grind Your Mind
3. The Downfall of Humankind
4. Deadworld
5. New World Destroyer
6. Insanity of War
7. Disversus Suspicio
8. Dominator
9. Protector of the Truth
10. Life Disorder
Kualiti PERPETUAL dalam album cukup terserlah melalui pengendalian instrumen, kegarangan vokal, kepaduan bunyi dan profesionalisma yang ditonjolkan. Muzik mereka bukan kebisingan sembarangan tetapi kebingitan maksima yang berkarisma! Seperti yang saya katakan di peringkat awal tadi, anda sepatutnya tidak perlu memikir panjang untuk mendapatkan CD ini kerana "Grind Your Mind" adalah hasilkerja dari sebuah band yang telah lama memperjuangkan muzik mereka dan band yang benar-benar memahami apa itu Grindcore!
RM25 termasuk pos. Hubungi zamodox@gmail.com atau 013-8724406 (Zam).
90/100 - Intensely harsh grind to the core!
Tuesday, 8 April 2014
Review: SKINBASHER "Punkapak" CD 2012
Sebagai permulaan, gua mengambil kata-kata Ajax selaku frontman (gitar & vokal) kumpulan ini di mana dalam usaha mengimbau kembali era Rock Kapak yang telahpun lama berlalu, SKINBASHER telah mengambil langkah merombak kembali kegemilangan muzik tersebut, membuat sedikit modifikasi muzik Rock Kapak atau juga ada kalanya digelar Rock Kangkang disulami dengan elemen-elemen muzik Punk Rock maka terhasillah apa yang dipanggil "Punkapak".
Dilancarkan pada 6 Oktober 2012, "Punkapak" merupakan album ke-empat SKINBASHER selepas "Transglobal Confusion" (1999), "Mama Beta" (2001) dan "Infiniti" (2009). Untuk pengetahuan, SKINBASHER telah ditubuhkan semenjak tahun 1993 lagi oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman di persada underground tempatan. Mereka mula mencipta nama menerusi demo "Hypertension" (1995).
Dengan kehadiran Tom THE BOLLOCKS sebagai jurutera rakaman, "Punkapak" mengangkat 10 buah lagu yang sesungguhnya Punk dan Rock! Anda boleh samada mengatakan ini sebuah album Punk yang bernafaskan Rock ataupun sebuah album Rock yang bernafsukan Punk. Hakikatnya, Punk dan Rock adalah bersaudara! Sembilan daripadanya adalah lagu yang penuh dengan sifat Punk-Rock-Kapak-Melayu, manakala hanya sebuah lagu berteraskan Bahasa Inggeris.
01. Gitar dan Conga (feat. Aca Shaqeera)
02. Tentang Chinta
03. Dari Tuhan
04. Punkapak
05. Akupunktur
06. Kleptomania
07. Berjalan dalam hujan
08. Dosa dan Pahala
09. Natesria
10. Runaway
Gua cukup kagum dengan irama-irama, melodi dan susunan muzik yang dipersembahkan oleh SKINBASHER dalam album "Punkapak" ini. Setiap darinya sangat-sangat menarik, menangkap dan melekat di samping nyanyian-nyanyian yang selamba dan mudah difahami. Setiap lagu yang diperdengarkan boleh dikatakan radio-friendly (mesra radio) yang mana sedikit sebanyak dapat melonjakkan nama SKINBASHER di peringkat arus perdana. Walaupun ini kedengaran agak menjurus kepada komersial, gua percaya SKINBASHER kekal dengan akar umbi dan identiti underground sejati!
"Punkapak" pada kesimpulannya diujudkan untuk mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik di negara ini. Dipercayai kebanyakan di kalangan peminat muzik rock dan metal tempatan telah dewasa bersama atau paling tidak pernah meminati muzik SEARCH dan WINGS maka "Punkapak" adalah sesuatu yang unik datang dari usaha menggabungkan citarasa muzik dahulu dan sekarang!
Review oleh: Asid KRÜSTed - krusted.blogspot.com
Saturday, 8 March 2014
Review: ATOMICDEATH - Re-Atomation EP (Nexro Records 2014)
Luckily I allready had the chance to share the stage with those fine Malaysian Thrash Hordes, when they came on a small Tour with our alcoholic friends APPÄRATUS in 2013. And out of the blue, my friend and their bassplayer Pätto sent me their new 2 Track EP lately.
First side comes with "Till the Violence end". A neckbreaking Thrasher in the vein of old Destruction or Sacrifice. Those guys know how to do this. It all fits completly, including the mosh part in the middle to calm down. Their singer Faiz always reminded me at a young Schmier - not that much high pitched screams, but really aggressive shouting.
Second side "Hell reign on Earth" starts off with a slow double bassish intro and goes into a midtempo Thrash Anthem. I can literally see the people screaming "Hell reign on Earth" at front row of their next shows.
Hope to see and hear more of them, and I REALLY do hope, someone bring them over again to Europe. I know many people would LOVE to see them again. The last Tour was way too short!
Reviewed by: Oliver Barth
Friday, 14 February 2014
Review: SUBCULTURE "365 Days Of Punk Rock" CD 2013
Sejujurnya, gua dah lama tak mengikuti SUBCULTURE. Dalam koleksi gua cuma ada album "Love & Hate" (1994) dan "Time Knock" (1998). Ada beberapa rilis yang gua tak sempat nak ikut, antaranya "Retrofungus" dan "The Best of Subculture" (2006). Tahun 2013 gua terlihat album "365 Days Of Punk Rock" terjual di toko muzik segera gua sambar untuk didengar dan menilai apakah tarikannya album ini.
Ada 10 buah lagu keseluruhannya, highlight semestinya 7 buah lagu baru. Selebihnya bonus yang dipetik daripada single serta album terdahulu; Ticket to the Moon dipetik dari album "Dillema" (2010), Bunyi Gitar versi Subculture dulunya terkandung dalam kompilasi "Tribute to P.Ramlee: Satu Indiepretasi" dan Menari di Angkasa adalah single kolaborasi/duet bersama Mira dari kumpulan Tilu.
01. AtMostFear
02. 3iga6nam5ima
03. Meaningless Days
04. Irama Amarah (feat. Andy Flop Poppy)
05. Direction
06. Mimpi Replika
07. Monster Mind
08. Ticket To The Moon
09. Bunyi Gitar
10. Menari Di Angkasa (feat. Mira Tilu)
Komposisi Punk Rock rekaan SUBCULTURE melalui "365 Days Of Punk Rock" tetap tegar dan segar sepertimana dua album pertama yang pernah gua dengar. Dengan line-up yang cuma tinggal Azreen (vokal/gitar) sebagai anggota asal, dibantu muka baru Fao (gitar), Kabin (bass) dan Meor (dram), band ini seakan membuka lembaran baharu integriti Punk Rock mereka dalam pada mengekalkan identiti sound rawk terdahulu. SUBCULTURE benar-benar Punk Rock sejati!!
Untuk makluman, album ini adalah edaran Life Records Malaysia. Ia sebenarnya diterbitkan oleh label sendiri Fun Friends Entertainment. Gua yakin Subculture masih mampu terus bertahan, mampu menarik lebih ramai peminat baru serta mengekalkan legasi mereka sebagai salah sebuah band Punk Rock terawal yang masih bertahan sehingga ke hari ini.
Review oleh: Asid KRÜSTed - krusted.blogspot.com
Monday, 10 February 2014
Review: CARBURETOR DUNG "Inginku Rejam Raksasa Kejam!" CD 2012
Kesempatan kali ini saya gunakan untuk mengulas album penuh CARBURETOR DUNG tahun 2012 berjudul "Inginku Rejam Raksasa Kejam!". Ringkasnya DUNG, sebuah nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan, mereka sensasi, penuh kontroversi, tersohor sebagai salah satu perintis Punk Rock di Tanah Melayu ini, sejak awal 90'an lagi! Hakikatnya DUNG tidak pernah terkeluar dari perjuangan hak dan kebenaran, kebebasan dan kesamarataan, tuntutan-tuntutan kemanusiaan dan juga kemasyarakatan. Malah, kini DUNG tampak lebih lantang dan pedas, membantah dan membangkang habis-habisan!
"Inginku Rejam Raksasa Kejam!" terlebih dahulu dikeluarkan dalam format piring hitam 10" (hanya 8 buah lagu) pada Disember 2011 oleh F.A.M.E.D Records yang berpengkalan di Berlin, Jerman. Kemudian, pada sekitar Mac 2012 ianya dirilis oleh Ricecooker Recordings dalam pakej CD-BOX yang sungguh menarik; bertemakan kerbau, hadir bersama poster bersaiz A2, silk-screened patch, vinyl sticker serta penambahan sebuah lagu (Trek #9) untuk versi CD ini.
1. Mata Buta
2. Potong Nama, Tutup Buku
3. Semua Sama, Semua Bosan
4. The Fine Line of Numb
5. Hanturaya Putrajaya
6. Punk Gampang
7. Aku, Buku & AUKU
8. Macam Celaka!
9. Aku Mau Jadi Anjing Mu
"Inginku Rejam Raksasa Kejam!" sebenarnya telah melalui proses rakaman secara langsung (recorded live) pada 3 dan 4 Jun 2007 bertempat di Dreamwalk Studio, Gombak di mana Mohd Nazri Yusof (Lab) merupakan jurutera bunyi dalam rakaman ini. Mixing dilakukan oleh Bullet dan Carburetor Dung sendiri di Ricecooker Shop sekitar Januari 2009. Kemudian, proses mastering dilakukan oleh Dan Randall dari Mammoth Sound Mastering, California pada Ogos 2011. Kesemua lagu kecuali Aku Mahu Jadi Anjing Mu dicipta oleh Joe Kidd dan Carburetor Dung manakala kesemua lirik dihasilkan oleh Joe Kidd. DUNG dianggotai oleh: Alak (vokal), Joe Kidd (gitar), Tom Bollock (gitar), Fendi (bass) dan Bullet (dram).
"Inginku Rejam Raksasa Kejam!" nyata sebuah produk Punk Rock yang tulen karismanya, luhur pengisiannya, rebel secukup rasa: politikal, radikal & sinikal. Aura Punk DUNG terang benderang, jelas terpampang, teratur dan tidak sesekali berterabur. Inilah Punk Rock yang duduk, berdiri dan berlari dalam ertikata Punk sebenar! Riff gitarnya bermelodi ringkas, kedengaran keras, tersusun dalam aturan 3 atau 2 kord, sekali-sekala diselit solo gitar yang benar-benar menggambarkan tebalnya sifat berontak! Ditambah dengan nyanyian-nyanyian bertenaga dan bermesej, DUNG seakan mengajak pendengar untuk bangkit dan beranjak! Berubah untuk diri, merubah untuk semua! Mereka yang pasif mungkin melihat ini negatif, mereka yang masif pasti mengangkat ini positif. Ini kali-lah!
Wednesday, 5 February 2014
Review: ATOMICDEATH "Missile Massacre" Cassette EP 2009
Menyelongkar kembali koleksi lama, saya kepingin untuk mendengar dan menilai semula rilisan pertama dari ATOMICDEATH, wira Teutonic Thrash dari Bandaraya Shah Alam, Selangor. "Missile Massacre" adalah EP 4 buah lagu dikeluarkan dalam format kaset pada Jun 2009 oleh Black Konflik Records.
Kandungan Lagu:
1. Bestial Pain
2. War Ripping Skull
3. Bringer of Thousand Fear
4. Zero Tolerance
Keupayaan ATOMICDEATH sebagai sebuah band generasi baru dalam menganjur imbauan Thrash Metal 80'an tidak boleh disangkal. Mengikuti setiap detik dan rentak dalam keempat-empat buah lagu yang dimuatkan dalam "Missile Massacre" membuatkan saya terngiang-ngiangkan hempasan melodi SLAYER dan lantunan suara SODOM. Tidak dinafikan, kerangupan Thrash ATOMICDEATH turut dibantu penggabungan muzik berperisa Punk, Crust dan D-beat serta semangat 'old-school' kesemua 4 anggota band ini.
Faiz (b/v) - Kerrykaufmann (g) - Remydeen (d) - Pattomizer (g)
Permainan instrumen mereka rapi! Penulisan lagu mereka teliti! Pujian juga harus diberi pada kualiti bunyi dan produksi keseluruhan "Missile Massacre" ini. Berat dan padat! ATOMICDEATH dengan jayanya menimbulkan gempita berganda menerusi EP ini. Jika anda sanggup menderitai suasana huru-hara, maka ini adalah punca kepada kesakitan leher dan tengkuk anda. Apa tidaknya, kepala berhenjutan berlarutan!!
Review: HELLEXIST "Age Of Death" CD 2013
HELLEXIST, band berpusat di Johor Bahru ini menerusi "Age Of Death" CD keluaran BROKEN NOISE RECORDS secara umumnya memperagakan muzik yang digelar Dark Crust. Ya, ianya adalah sub-genre Crusty D-Beat yang kedengaran gelap dan berat disertai dentuman-dentuman Punk, Hardcore dan Metal mengujudkan kepelbagaian yang cukup menarik dan berkualiti dalam muzik gendongan mereka. "Age Of Death" CD mengandungi 7 buah lagu, dirakam di Noise Hell Studio, Pasir Gudang, Johor.
Kumpulan didokongi 5 anggota terdiri daripada Monster Killer (vokal), Night Evil (gitar), Zam Machine (gitar), Dr.Ajen (dram) dan Chub Ladies Man (bass) telah ditubuhkan sekitar tahun 2007. Sebelum kelahiran "Age Of Death", mereka terlebih dahulu tampil dengan 7-Track Demo, split "Unpeace" bersama HELLBOMBS, 7" split "Human Creation" bersama BLINDED HUMANITY, 3-way split Humanity Brutality bersama DISCRUSHER dan BLACK WING OF VENGEANCE serta "World Disaster" EP.
Menikmati keseluruhan "Age Of Death" bagaikan satu tempoh yang cukup menghiburkan! Ia seakan mengajak pendengar untuk turut sama menjerit dan melompat. Lagu-lagu olahan HELLEXIST adalah himpunan irama dan suara yang jitu, kelam dan menghentam! Setiap lagu mempunyai karakter dan impak tersendiri. Semua bahagian korus lagu-lagu mereka keras dan membunuh! HELLEXIST berdiri sebagai pesaing yang sihat kepada kegagahan APPÄRATUS dalam membina scene muzik Crust / D-Beat di Malaysia.
Tracklist: 1. Neraka Dunia / 2. Bloodbath Continues / 3. To Live To Die / 4. World Disaster / 5. Age Of Death / 6. Chaos System 666 / 7. World Disaster (bonus). Selain format CD, "Age Of Death" juga terdapat dalam bentuk kaset. Hubungi emel ladingsatu@gmail.com. Highly recommended!!
CHECK 'EM OUT!
Thursday, 9 January 2014
Review: WEOT SKAM "Six-Pack Tsunami Attack!!!" CD 2013
Album terbaru dari WEOT SKAM "Six-Pack Tsunami Attack!!!" telah dikeluarkan secara bersama oleh Kandar Mosh Distro dan Pissed Off Records. Di dalam CD ini dimuatkan sebanyak 11 buah lagu kesemuanya. Muzik yang dipersembahkan dalam "Six-Pack Tsunami Attack!!!" saya definasikan sebagai Hardcore Punk digarap dalam sifat dan sikap 'old-skool' yang kuat. Jujurnya saya cukup suka dan sentiasa teruja dengan muzik mereka yang dilingkungi amarah, kencang, kental dan penuh semangat! Rasa Punk mereka melekap! Gelora Hardcore mereka meluap! Dan adakalanya melodi Thrash diletak sebagai pelengkap. Seperti yang saya katakan tadi, 'old-skool' disuntik dengan baik dalam Weot Skam, bukan sahaja dalam arus muziknya tetapi juga hasil rakaman yang kedengaran raw, ugly dan dirty. Fuck off modern punk. Bagi anda yang ingin merasai kembali citarasa Hardcore Punk old-skool, "Six-Pack Tsunami Attack!!!" dari WEOT SKAM adalah perisanya!
Kandungan Lagu:
1. What’s the Cost of Happiness
2. Masih Liar
3. Ignorance is Bliss
4. Kawan Tetap Kawan
5. Can’t Tie This Down
6. Leap of Faith
7. Berhenti Bermimpi
8. I Rather Watch Kung Fu Movies Than Edisi Siasat
9. Kamjat
10. Liberal Conservatism
11. Mat Rempit Hijack
Contact:
http://www.facebook.com/weotskam
http://kandarmoshdistro.blogspot.com
http://pissedoffrecs.blogspot.com
Thursday, 5 December 2013
Review: PSYCHOTIC SUFFERANCE / AMNOGOMUSIKIMALO "Like Eats Like" SPLIT
Ini adalah split antara band RawGrind PSYCHOTIC SUFFERANCE (Malaysia) dan band noisecore AMNOGOMUSIKIMALO (Russia). Tajuknya "Like Eats Like" dikeluarkan dalam bentuk 3" proCDR oleh label CORE RECORDS. PSYCHOTIC SUFFERANCE menyediakan 16 buah lagu Grindcore yang gila punya Raw dan Laju! Takde belas kasihan punya Grind! Aku suka Psychotic Sufferance pasal dorang mmg stay loyal pada bentuk Grind yang sebenar, bukan trendy dan paling penting penug dengan protes!!! AMNOGOMUSIKIMALO ni aku kurang kenal tapi sound dorang memang dasyat! Mereka main grindnoise. Mengikut tracklist Amnogomusikimalo menggasak dengan 50 tracks tapi disatukan dalam 1 track panjang. Sama seperti PxSx, band ini juga Raw dan Laju! Konklusi, "Like Eats Like" satu pakej produk GRIND yang menarik, koleksi yang bagus untuk kaki-kaki bising!
Tak pasti samada split ni masih available atau sebaliknya, cubalah kontek CORE RECORDS di www.myspace.com/corerec
Tuesday, 8 October 2013
PSYCHOTIC SUFFERANCE / ANTRO - "Trapped By Grind" SPLIT CD
If you like noise this is a good choice, a shared disk between two distant bands in its geography but close in sound, we find people by PSYCHOTIC SUFFERANCE from Malaysia bring us 9 songs gross pure grind / noise, less than 1 issues minute, some in English other in their native language, following them track Costa Ricans find ANTRO, a project of the southern region, with 7 songs accelerated, with a battery that never sleeps, cries and noises along the lines of grind and noise.The presentation is limited to 100 numbered copies in a beautiful full care cdr. Excellent reference for lovers of good noise.
Released by Nightfall Distro (Costa Rica)
www.facebook.com/nightfalldistro
Reviewed by Subsuelo Radio (Costa Rica)
www.facebook.com/SubsueloRadio
Friday, 27 September 2013
Review: DAMOKIS "Grinding Mother Whore" CD 2012
XXXL Grindcore dari Selatan Tanahair! DAMOKIS kembali sebagai alat pengisar paling dikehendaki melalui album terbaru "Grinding Mother Whore". Kemampuan mereka sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kemantapan DAMOKIS terhasil dari lamanya evolusi pembentukan mereka dan luasnya pengalaman ahli-ahli band ini! "Grinding Mother Whore" menghamburkan 17 track yang cukup-cukup bijak olahan Grindcore-nya! Vibe dan hook yang benar-benar huru-hara! Jerit yang tak kenal erti perit! Blasting tanpa henti!! Kebingitan maksimum!!! Dikeluarkan oleh Grundar Production, CD ini sesungguhnya satu produk Grindcore yang WAJIB dimiliki setiap grinders!
https://www.facebook.com/jbgrinder
http://www.grundar.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)