Monday, 22 October 2018

Interview: HARAMJADAH


HARAMJADAH ditubuhkan pada 11 September 2014 kalau mengikut catatan di facebook mereka. Band ini agak aktif sekitar 2015 di mana rilisan-rilisan terawal mereka adalah seperti “Make Noise Not War! (The Rehearsal Collection)” dan “self-titled” Promo 2015 menerusi label sendiri, Without Prejudice Records. Kemudiannya diikuti beberapa rilisan split cd-r dan banyak juga projek-projek kompilasi yang mereka sertai. Sebaik mengeluarkan “Merdeka Hanya Pada Nama” Demo 2015, Haramjadah senyap dan semakin lenyap dari scene untuk beberapa tahun sehinggalah baru-baru ini Blazt Promotion dilihat meriliskan dua split cd-r mereka; Psychotic Sufferance / Haramjadah “Facing The Global Crisis” (Februari 2018) dan Haramjadah / High On Hate “Lost Of Humanity” (Oktober 2018). Setelah beberapa kali memujuk, aku akhirnya dapat juga menemubual brader Ajid a.k.a Harshziqr Huru Hara mengenai status dan rilisan terkini Haramjadah. – Temubual oleh Trashnoiser (21.10.2018)

Hello Haramjadah. Apa khabar kauorang?
First of all, terima kasih bro kerana masih sudi interview Haramjadah walaupun dah diberitahu band ni ibarat hidup segan mati tak mau. Aku baik-baik aje bro. Haramjadah ni bukan la disbanded, cuma sekarang inactive due to certain problems. 

Share sikit sejarah penubuhan & lineup band ni?
Haramjadah started sekitar September 2014 gitu. Mulanya berdua je, aku (Ajid) on vocals dan Rasid (guitars/drums). Tak lama kemudian Tan (guitars) joined. Band ni active lebihkurang setahun je, haha! Sampai last kita release demo “Merdeka Hanya Pada Nama” pada Ogos 2015, Tan berundur pastu Rasid juga tarik diri due to respective commitments. So sekarang tinggal aku sorang apa pun tak boleh, hahahaa!


Tak silap band ni dah lama senyap tetiba keluarkan dua split, bersama Psychotic Sufferance dan satu lagi dengan High On Hate. Haramjadah aktif semula?
Actually kedua-dua split tu split lama yang tak rilis-rilis. Huge thanks to Blazt Promotion dan bro Pyan (Bangkit! Zine) yang tak henti-henti menanya tentang material Haramjadah. Split dengan Psychotic Sufferance “Facing The Global Crisis” tu sepatutnya dah release bawah label band sendiri Without Prejudice Records tapi entahnya dengan masalah takde budget plus aku time tu dah tinggal sorang diri maka physical cd yang kita plan tak keluar seperti yang dirancang. Sedih la Amir PxSx dah takde. Then, High On Hate tu sebenarnya projek solo / one-man-band si Rasid. Cerita lebih kurang la, perancangan yang tak kesampaian. Since tracks tu dah lama ada, Rasid pun bagi greenlight... so why not serah kat Blazt untuk release both splits. Aktif semula tu tak mungkin la kot buat masa ni. Aku cuma fokus projek harshnoise KAO-TIK je lah kot sekarang ni.

Macamana kauorang define music & sound Haramjadah?
Hmm.. grindcore, harshnoise, noisegrind! Tu je terms kita pakai sebab selain grinding music kita ada jugak compose dan selit harshnoise tracks dalam kita punya release. Inspirasi kita memang luas, dari yang oldschool sampai modern grind even kita selalu jugak refer to brutal/slamming deathmetal. 


Lirik-lirik lagu kauorang pasal apa?
Mostly political issues. Termasuk juga la anti-war, social problems, penentangan ke atas fascism/rascism/nazism, etc.

Selain daripada dua splits terbaru, rilisan lama Haramjadah masih available?
Maaf bro Johan. Dah takde. Haramjadah ni pun kebanyakannya release digital je dan sering juga participated dalam compilation. Boleh check dan download di haramjadah.bandcamp.com kalau minat. Dalam format fizikal memang dah takde.

Macamana dengan gigs dan tour?
No experiences, hahahaa! Haramjadah ni band studio je sebenarnya dan kita banyak experiment dengan samplings & programming. Sejak awal memang kita plan just “compose-record-release” tanpa main live/gigs.


Apa next plans Haramjadah?
Again, no plans haha! Aku dah tinggal sorang nak carry on secara solo pun rasa berat, tambah dengan malas hahahaa! Tengok la kalau Rasid nak bergabung tenaga semula. Tan payah dah since dia dah moved to Australia. So buat masa ni aku fokus harshnoise KAO-TIK dan cuba-cuba buat zine nama FAST AS FUCK - fafzine.blogspot.com

Pendapat kauorang tentang scene d.i.y underground tempatan?
Good! Very-very good lah. Bands bagus-bagus makin banyak. Gigs every weeks. Venues makin bertambah. PARKINSON released new EP tapi sayangnya “final release” dari mereka khabarnya. Legendary Jimbo bikin DISLODOS sekarang, fucking raw crusty grind!! TOOLS OF THE TRADE dah beberapa kali main kat Europe. EXPURGATED pun baek. Yang terbaru aku dengar TUSSOCK comeback with new demo. Power!

Last words?
Sekali lagi terima kasih Johan susah-payah interview Haramjadah. Kalau ada rezeki, ruang dan peluang Haramjadah akan kembali berkarya, buat lagu dan rekod tapi bukan dalam masa terdekat ni. Kemungkinan untuk terus berkubur pun ada, haha! Tak silap ada satu lagi unreleased EP,  tu nanti aku try check balik. Akhirkata, make noise not war!

withoutprejudicerecords.bandcamp.com

*Interviewed for zine MY OWN MIND #2

Friday, 19 October 2018

Interview: OVERHÄUL


Rocking! Nasty! Metal! and Punk! OVERHÄUL release debut demo “Rock n Roll Fuel” sekitar Disember 2017, dalam format cassette-tape oleh Basement Records. Kemudian Warfare Records dari Indonesia juga ada keluarkan demo-tape tersebut untuk pasaran negara berkenaan. “Rock n Roll Fuel” ada 5 tracks termasuk intro; muzik dirty, rocking, speed metalpunk padu! – Temubual oleh Trashnoiser (18.10.2018)

Hello Overhäul. Perkenalkan tentang band ni dan line-up?
Hello. Overhäul from Shah Alam here! Dianggotai oleh 3 orang iaitu Kerry on guitar/vox, Faiz on bass and Remie on drum. We play metalpunk!!

Amacam sambutan orang terhadap demo Rock n Roll Fuel?
Sambutannya sangat menggalakkan dan kami amat berterima kasih di atas segala sokongan dan sambutan. Ramai yang bagi feedback yang baik serta share link bandcamp serta youtube kami dan juga membeli tape demo tersebut dan itu membuatkan kami semangat untuk buat lebih baik di masa akan datang. Terima kasih sekali lagi atas sokongan! 

Apa description muzik Overhäul dan influence terbesar kauorang?
Metalpunk! attitude dan musik... Big influence adalah seperti GATES dan INEPSY.

Rujuk pada demo tu kauorang puashati tak dengan kualiti rakaman?
Dari segi rakaman sangat berpuashati cuma semasa transfer ke kaset ada sedikit noise disebabkan kilang dan ianya berbeza dari sound asal... tapi kami memang berpuashati kerja ‘filthgrindz work’ yang banyak membantu semasa rekoding serta mixing yang sangat kami suka hasilnya. Maybe soon akan dirilis kembali dalam bentuk cd demo tu... apapun tunggu.


Kenapa kuning jadi pilihan untuk warna coversleeve kaset demo tu?
Eyecatching... dan attraction! of course AtomicRoar dari Brazil dah buat dulu dan aku buat sebab aku suka dan ia sangat membantu. Ada sesstengah band muziknya bagus tapi jika artworknya gagal ia sangat tidak membantu band.

Apa cerita Indonesia Edition bawah Warfare Records?
Kami beri dia kebenaran untuk rilis kembali di bawah labelnya untuk pasaran Indonesia... dan ianya sangat terhad. Itu semua untuk tujuan promosi. Pernah juga satu label Mexico kata mahu rilis cd tapi senyap akhirnya... dan maybe Basement interested untuk cd version tu.

Dah ada plan untuk masuk recording studio & release material baru?
Kami dah ada beberapa lagu untuk project seterusnya bersama Basement Records KL... dan kami akan masuk studio selepas studio Gagak Hitam di Kajang selesai proses renovation... kami selesa di sama. Next project adalah full 7” EP.

Overhäul ni band sub-project ke? Atomicdeath apa cerita?
I can say that Overhaul adalah project studio sahaja. Sehingga kini kami masih belum ada live show lagi and maybe lepas 7” rilis kami akan cuba perform... maaf kepada semua kawan-kawan yang tak henti-henti menjemput untuk live show. Atomicdeath sedang giat berlatih untuk rakaman album pertama yang harapnya akan rilis tahun hadapan. Semoga lancar.

Lima band/album yang kauorang kerap dengar buat masa ni?
– Mandragora “Waves of Steel” (heavy metal from Peru)
– Exothermix “Reaction” (thrash metal from Malaysia)
– Necrot “Blood Offering” (death metal from US)
– Tasyim EP (black/death from Malaysia)
– Motörhead “Motorizer”

Last words?
Terima kasih pada kamu sudi interview kami... teruskan usaha buat zine ni. Kepada yang menyokong kami thanks banyak-banyak dan kami hargai sokongan anda semua. Teruskan menyokong local band serta band-band yang baru dari mana sahaja asalnya. Jangan takut untuk mencuba dengar sesuatu yang baru. Jaga diri dan jaga kesihatan!

overhaulmetalpunk.bandcamp.com

*Interviewed for zine MY OWN MIND #2