Thursday 9 January 2014

Review: WEOT SKAM "Six​-​Pack Tsunami Attack​!​!​!" CD 2013



Album terbaru dari WEOT SKAM "Six​-​Pack Tsunami Attack​!​!​!" telah dikeluarkan secara bersama oleh Kandar Mosh Distro dan Pissed Off Records. Di dalam CD ini dimuatkan sebanyak 11 buah lagu kesemuanya. Muzik yang dipersembahkan dalam "Six​-​Pack Tsunami Attack​!​!​!" saya definasikan sebagai Hardcore Punk digarap dalam sifat dan sikap 'old-skool' yang kuat. Jujurnya saya cukup suka dan sentiasa teruja dengan muzik mereka yang dilingkungi amarah, kencang, kental dan penuh semangat! Rasa Punk mereka melekap! Gelora Hardcore mereka meluap! Dan adakalanya melodi Thrash diletak sebagai pelengkap. Seperti yang saya katakan tadi, 'old-skool' disuntik dengan baik dalam Weot Skam, bukan sahaja dalam arus muziknya tetapi juga hasil rakaman yang kedengaran raw, ugly dan dirty. Fuck off modern punk. Bagi anda yang ingin merasai kembali citarasa Hardcore Punk old-skool, "Six​-​Pack Tsunami Attack​!​!​!" dari WEOT SKAM adalah perisanya!

Kandungan Lagu:
1. What’s the Cost of Happiness
2. Masih Liar
3. Ignorance is Bliss
4. Kawan Tetap Kawan
5. Can’t Tie This Down
6. Leap of Faith
7. Berhenti Bermimpi
8. I Rather Watch Kung Fu Movies Than Edisi Siasat
9. Kamjat
10. Liberal Conservatism
11. Mat Rempit Hijack

Contact:
http://www.facebook.com/weotskam
http://kandarmoshdistro.blogspot.com
http://pissedoffrecs.blogspot.com

No comments:

Post a Comment