Wednesday 5 February 2014

Review: ATOMICDEATH "Missile Massacre" Cassette EP 2009


Menyelongkar kembali koleksi lama, saya kepingin untuk mendengar dan menilai semula rilisan pertama dari ATOMICDEATH, wira Teutonic Thrash dari Bandaraya Shah Alam, Selangor. "Missile Massacre" adalah EP 4 buah lagu dikeluarkan dalam format kaset pada Jun 2009 oleh Black Konflik Records.

Kandungan Lagu:
1. Bestial Pain  
2. War Ripping Skull  
3. Bringer of Thousand Fear  
4. Zero Tolerance

Keupayaan ATOMICDEATH sebagai sebuah band generasi baru dalam menganjur imbauan Thrash Metal 80'an tidak boleh disangkal. Mengikuti setiap detik dan rentak dalam keempat-empat buah lagu yang dimuatkan dalam "Missile Massacre" membuatkan saya terngiang-ngiangkan hempasan melodi SLAYER dan lantunan suara SODOM. Tidak dinafikan, kerangupan Thrash ATOMICDEATH turut dibantu penggabungan muzik berperisa Punk, Crust dan D-beat serta semangat 'old-school' kesemua 4 anggota band ini.

Faiz (b/v) - Kerrykaufmann (g) - Remydeen (d) - Pattomizer (g)

Permainan instrumen mereka rapi! Penulisan lagu mereka teliti! Pujian juga harus diberi pada kualiti bunyi dan produksi keseluruhan "Missile Massacre" ini. Berat dan padat! ATOMICDEATH dengan jayanya menimbulkan gempita berganda menerusi EP ini. Jika anda sanggup menderitai suasana huru-hara, maka ini adalah punca kepada kesakitan leher dan tengkuk anda. Apa tidaknya, kepala berhenjutan berlarutan!!

No comments:

Post a Comment