Wednesday 5 February 2014

Review: HELLEXIST "Age Of Death" CD 2013


HELLEXIST, band berpusat di Johor Bahru ini menerusi "Age Of Death" CD keluaran BROKEN NOISE RECORDS secara umumnya memperagakan muzik yang digelar Dark Crust. Ya, ianya adalah sub-genre Crusty D-Beat yang kedengaran gelap dan berat disertai dentuman-dentuman Punk, Hardcore dan Metal mengujudkan kepelbagaian yang cukup menarik dan berkualiti dalam muzik gendongan mereka. "Age Of Death" CD mengandungi 7 buah lagu, dirakam di Noise Hell Studio, Pasir Gudang, Johor.

Kumpulan didokongi 5 anggota terdiri daripada Monster Killer (vokal), Night Evil (gitar), Zam Machine (gitar), Dr.Ajen (dram) dan Chub Ladies Man (bass) telah ditubuhkan sekitar tahun 2007. Sebelum kelahiran "Age Of Death", mereka terlebih dahulu tampil dengan 7-Track Demo, split "Unpeace" bersama HELLBOMBS, 7" split "Human Creation" bersama BLINDED HUMANITY, 3-way split Humanity Brutality bersama DISCRUSHER dan BLACK WING OF VENGEANCE serta "World Disaster" EP.

Menikmati keseluruhan "Age Of Death" bagaikan satu tempoh yang cukup menghiburkan! Ia seakan mengajak pendengar untuk turut sama menjerit dan melompat. Lagu-lagu olahan HELLEXIST adalah himpunan irama dan suara yang jitu, kelam dan menghentam! Setiap lagu mempunyai karakter dan impak tersendiri. Semua bahagian korus lagu-lagu mereka keras dan membunuh! HELLEXIST berdiri sebagai pesaing yang sihat kepada kegagahan APPÄRATUS dalam membina scene muzik Crust / D-Beat di Malaysia.


Tracklist: 1. Neraka Dunia / 2. Bloodbath Continues / 3. To Live To Die / 4. World Disaster / 5. Age Of Death / 6. Chaos System 666 / 7. World Disaster (bonus). Selain format CD, "Age Of Death" juga terdapat dalam bentuk kaset. Hubungi emel ladingsatu@gmail.com. Highly recommended!!

CHECK 'EM OUT!

No comments:

Post a Comment