Jumaat, 14 Februari 2014

Review: SUBCULTURE "365 Days Of Punk Rock" CD 2013


Sejujurnya, gua dah lama tak mengikuti SUBCULTURE. Dalam koleksi gua cuma ada album "Love & Hate" (1994) dan "Time Knock" (1998). Ada beberapa rilis yang gua tak sempat nak ikut, antaranya "Retrofungus" dan "The Best of Subculture" (2006). Tahun 2013 gua terlihat album "365 Days Of Punk Rock" terjual di toko muzik segera gua sambar untuk didengar dan menilai apakah tarikannya album ini. 

Ada 10 buah lagu keseluruhannya, highlight semestinya 7 buah lagu baru. Selebihnya bonus yang dipetik daripada single serta album terdahulu; Ticket to the Moon dipetik dari album "Dillema" (2010), Bunyi Gitar versi Subculture dulunya terkandung dalam kompilasi "Tribute to P.Ramlee: Satu Indiepretasi" dan Menari di Angkasa adalah single kolaborasi/duet bersama Mira dari kumpulan Tilu.

01. AtMostFear
02. 3iga6nam5ima
03. Meaningless Days
04. Irama Amarah (feat. Andy Flop Poppy)
05. Direction
06. Mimpi Replika
07. Monster Mind
08. Ticket To The Moon
09. Bunyi Gitar
10. Menari Di Angkasa (feat. Mira Tilu)

Komposisi Punk Rock rekaan SUBCULTURE melalui "365 Days Of Punk Rock" tetap tegar dan segar sepertimana dua album pertama yang pernah gua dengar. Dengan line-up yang cuma tinggal Azreen (vokal/gitar) sebagai anggota asal, dibantu muka baru Fao (gitar), Kabin (bass) dan Meor (dram), band ini seakan membuka lembaran baharu integriti Punk Rock mereka dalam pada mengekalkan identiti sound rawk terdahulu. SUBCULTURE benar-benar Punk Rock sejati!!


Untuk makluman, album ini adalah edaran Life Records Malaysia. Ia sebenarnya diterbitkan oleh label sendiri Fun Friends Entertainment. Gua yakin Subculture masih mampu terus bertahan, mampu menarik lebih ramai peminat baru serta mengekalkan legasi mereka sebagai salah sebuah band Punk Rock terawal yang masih bertahan sehingga ke hari ini.


Review oleh: Asid KRÜSTed - krusted.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan