Wednesday 26 March 2014

DEFIANT complete Discography CASSETTE


OUT NOW!! ON BLACK KONFLIK Records!!

#067 : DEFIANT complete Discography CASSETTE

DEFIANT formed in 2002, and then broke up in 2003. The members are Jaken (vocals), Kunio (guitars), Shinji (bass), Kajino (drums). DEFIANT active only a year and half. Also played only Tokyo area, such as Shinjuku DOM, Nishi Ogikubo WATTS, Kichijoji WARP. Played with Abraham Cross, Stagnation, Impulsive, Jabara, Crossface, Battle Of Disarm, Effect, etc. This discography cassette also include their released of 3 which is 1st demo "Defiant" (2002), 2nd demo "For Tomorrow" (2003) and 3rd demo "Chaos Gate" (2003). If you're into Japanese Hardcore, DEFIANT is one of them!

contact : blacxkonflik ( at ) gmail.com

SMASH FASCISM NIGHT (26.04.2014)


SMASH FASCISM NIGHT
26th April 2014 (SAT)
7pm
RM15 per/person
Soundmaker Studio, Penang

FEATURING:
Unknown Soldier (Singapore Streetpunk)
Angkara (Kedah D-Beat Punk)
The Liberals (Johor Streetpunk)
Tolakkok (Kedah Fastcore)
On Liberty (Selangor Oi!)
The Generators (Perak Street/Oi!)

www.facebook.com/events/1478959325660970/
www.facebook.com/northernbootstrike.shop

Tuesday 25 March 2014

Misgive - "Short Skirts, Shot Guns"


Published on Mar 23, 2014
Facebook: www.facebook.com/Misgive.Official
Twitter: @MISGIVEOFFICIAL
Instagram: MISGIVEOFFICIAL

http://youtu.be/ITDjXAF0Z_U

Thursday 20 March 2014

Interview: NAKED WEAPON


NAKED WEAPON yang kini terdiri daripada Pudin Pinkosos - vokal / Mohd Fizreey - gitar / Apeng Arrogant - bass / Ika - dram ditubuhkan sekitar 2009 di Mentakab, Pahang. Tahun sudah (2013) mereka meriliskan “No Longer Fear” Demo Tape 2013 melalui Foxhole Records. NAKED WEAPON mempunyai perjalanan band, perancangan dan bermacam pendapat yang menarik untuk dikongsi. Temubual berikut mendapat respon dari saudara Apeng. Silakan membaca..

(1) NAKED WEAPON – Apakah kaitannya nama ini kepada band secara umum; dari sudut muzik dan lirik? Pernah gunakan nama lain sebelum itu?
Nama “NAKED WEAPON” ni sebenarnya idea dari Apeng selaku bassist. Secara umum dan teknikal mungkin nama ini ada sedikit terpengaruh dengan influence band utama kami iaitu “ABC WEAPON”.. Dari sudut muzik atau lirik juga ada berkait kerana kami membawa genre melodic d-beat crust dan lirik kebanyakannya berunsurkan war, peace, resist and freedom.. Pada awal band ditubuhkan dan untuk show pertama kali di Temerloh, band kami dikenali dengan nama “Guerilla” idea dari “PALOH - ROTGUT” disebabkan last minute dan takda idea dan masa nak fikir nama band, hambar…

(2) Bila dan bagaimana NAKED WEAPON ditubuhkan? Bagaimana anda melihat kemajuan band ini sekarang berbanding ketika mula-mula dibentuk?
“NAKED WEAPON” ditubuhkan pada 2009 seiring dengan band setempat iaitu “GSW”.. Line up awal NW sebenarnya 4 orang iaitu Ayin - drummer, Jiji - guitar & vox, Anas - 2nd guitar, Pudin - bass.. kemudian Apeng diserap masuk bagi posisi bass dan Pudin keluar band untuk beri focus pada GSW. Dari 2009 hingga 2012 NW hanya 4 orang tanpa ada free vocal. Pada 2013 Ayin dan Anas keluar band dan digantikan dengan Ika drummer “Soul Savour”. Kemudian Pudin kembali join NW selaku free vocal. Jadi NW sekarang cuma 4 orang dan line up ini juga yang rilis Demo dan bertahan sehingga sekarang.


(3) Boleh perjelaskan tentang stail muzik bawaan NAKED WEAPON? Pengolahan muzik berpandukan band-band seperti apa?
Pada awal band ditubuhkan, genre bawaan kami ialah melodic crust d-beat... Influence utama bagi pengolahan muzik kami berpandukan pada band-band crust d-beat seperti ABC WEAPON, TRAGEDY, DISCHARGE, CLUSTER BOMB UNIT, KONTRASOSIAL, DISCLOSE, DEFEAT… kemudian kami berubah ke arah HEAVYLOWFASTSLOWDARK HARDCORE tetapi masih mengekalkan rentak melodic d-beat.. Influence utama kami pada masa ini ialah band-band seperti ALPINIST, WOLFBRIGADE, HIS HERO IS GONE, FOE, MASAKARI, ICTUS, SCHIFOSI, COP ON FIRE, JUNGBLUTH, FROM ASHES RISE dan banyak lagi..

(4) Ceritakan segalanya tentang rakaman, kandungan dan pasaran “No Longer Fear” Demo Tape 2013? Tiada perancangan untuk dikeluarkan dalam format CD?
Untuk Demo “No Longer Fear” kami record di Laguna Studio dengan bantuan dan guide dari Tom Bollocks. 5 lagu kami record dan semuanya Tom Bollocks yang master & mixing. Untuk pasaran kami dibawah label Foxhole Records yang diurus oleh Dean Ttine. Untuk demo kami memang dah sepakat dengan label nak rilis tape tapi untuk rilisan akan datang mungkin ada dalam format CD dan sebagainya.


(5) No Longer Fear – dalam bahasa mungkin membawa makna “Tiada Lagi Ketakutan”. Apa sebenarnya maksud di sebalik judul tersebut dan pengertiannya kepada tema keseluruhan demotape tersebut?
“NO LONGER FEAR” membawa makna yang agak besar bagi kami selepas selesai record and release demo yang pertama, ini kerana selama 4 tahun kami hanya join gig tanpa ada sebarang materials untuk dikongsi bersama rakan rakan scene. Kesemua 5 lagu dalam demo ini adalah lagu baru yang kami cipta pada tahun 2012. Lagu-lagu NW tahun sebelumnya semua dah lupa sebab dah lama tak practice… hambar… Jadi bila dah ada demo ni kami rasa agak senang hati dan beranilah bila nak join gig besar atau kecil seiring dengan band-band besar yang dah lama dan lebih dulu makan garam dari kami yang hanya baru nak bermula ni. Seperti yang kita sedia maklum, DEMO ni penting bagi sesebuah band kerana dengan adanya Demo akan mendapat lebih perhatian dan respect dari rakan rakan scene. Kalau buat lagu sedap gila perform tight dan power nak mampos selama bertahun tahun tapi lansung takde materials pon tak guna jugak ye dak..bak kata orang lama-lama dalam scene… hehe!

(6) Pernah ada rilisan lain sebelum “No Longer Fear”? Apa pula rancangan untuk rilisan-rilisan akan datang?
Sebelum Demo kami ada rilis REHEARSAL dalam format CD-R pada 2011 ketika join gig Jembalang Punk di The Wall Batu Pahat. Perancangan akan datang memang ada dan masih dalam proses seperti split dan sebagainya.


(7)  NAKED WEAPON begitu banyak terlibat dengan gig. Apakah keseronokan bermain gig atau membuat persembahan live?
Okay sebenarnya keseronokan bermain gig atau live show ni terlalu general dan besar kalau nak diterjemahkan. Bagi kami bila main DIY gig/live show ni yang penting semua have fun, puas hati dan FUCK OFF! pada berok-berok yang buat teruk mengganggu crowd dan band nak berhibur. SIMPLE AS THAT.

(8) Bagaimana keadaan scene Hardcore/Punk/Crust di Mentakab, Pahang ketika ini?
Scene hardcore/punk di mentakab ni macam biasa je dari tahun ke tahun. Tak banyak belia yang join scene ni. Dari segi band pon tak berapa nak banyak, yang ada pon cuma 2,3 band saja. Show pon makin kurang sebab sewa space di sini terlalu mahal. Lagipon kebanyakan belia yang join scene ni duduk di luar kawasan kerana bekerja, jadi bila cuti je diorang balik dan berkumpul. Scene hardcore/punk disini memang akan terus hidup cuma minoriti lah.hehe!

(9) Nota terakhir penutup interview ini?
Pertama kali jawab interview zine ni lain macam rasa dia. Haha. Apapun kami mintak maaflah kalau jawapan yang diberikan tidak cukup atau salah informasi. Terima kasih kepada brader editor kerana sudi interview kami. Akhir kata “IN CRUST WE TRUST!”.

Interview: PSYCHOTIC SUFFERANCE


PSYCHOTIC SUFFERANCE dari Seremban, Negeri Sembilan ini tetap setia dengan muzik mereka Noise Grindcore sejak lebih 15 tahun yang lalu. Mereka ditubuhkan pada tahun 1998. Di bawah talipinggang mereka, telah begitu banyak rilisan dikeluarkan; demo/rehearsal, EP, full-length CD, Tapes, compilation dan mereka begitu banyak juga tampil dengan rilisan berupa splits. Mereka mencipta hubungan yang baik dengan banyak band-band dan label luar. Dalam interview ini kita bersama pengasas PxSx iaitu Amir Fadli..

1. PSYCHOTIC SUFFERANCE (PxSx) bermula sejak 1998 dan selepas 15 tahun masih kekal dengan Raw Noise Grindcore! Apa rahsianya?
Rasanya tiada rahsia yang spesifik dalam PxSx ni.. semuanya bermula dengan minat, kerjakeras, konsistensi dalam melakukan sesuatu dan yang paling penting adalah displin.. tanpa perkara2 yang saya nyatakan tadi.. bukan sahaja kita mampu kekalkan band selama 15 tahun, malahan ianya adalah resepi yang sangat baik untuk terus berdaya saing dalam kehidupan, masyarakat dan karier. Kalau takder disiplin, keluarga pun boleh hancur, betulkan?.


2. Mungkin anda lebih mengetahui akan evolusi dalam muzik Grindcore ciptaan PxSx. Bagaimana anda melihat ianya berkembang?
Secara jujurnya saya nyatakan saya tidak nampak muzik grindcore PxSx ni berevolusi atau pun berkembang, kerana.. apa yang saya rasakan ialah kami menggunakan kaedah yang sama sahaja dalam pembikinan lagu, recording, arrangement dan lain-lain perkara. Kalau ada terdapat perubahan atau evolusi sekali pun mungkin kami tak sedari.

3. Ada perubahan tentang inspirasi atau rujukan muzik Grindcore pada hari ini berbanding sewaktu mula-mula PxSx ditubuhkan?
Rujukan dari dulu sampai sekarang sudah semestinya Napalm Death, Anal Cunt, Gore Beyond Necropsy, Siege, Merzbow, Government Alpha, Xerxes, Budgie, Xome, Carcass, Larm, C.S.S.O, Catasexual Urge Motivation, PTAO, Ratos De Parao, Gut, Mesonna, Demisor, Impiety, Sweet Charity, Kembara, Exhumed.. sekarang ni kami banyak mendengar stuff dari Sleep, Bunga Hitam, Tilu, Akta Angkasa, Mono, Acid Mother Temples, Noise Ago go, perubahan inspirasi tu takder la sangat pun, nak merujuk pun kami dah malas, senang cerita la, kehidupan kami terlampau sibuk, so banyak lagi benda lain nak pikir..


4. Rasanya PxSx melalui pelbagai fasa pertukaran line-up.. bagaimana dengan kedudukan line-up yang ada sekarang dan anda semua selesa dan serasi?
Pertukaran line-up dalam PxSx adalah perkara biasa bukanya big deal pun, dari dulu lagi kami semua telah lama berkenalan, jadi bila dah lama kenal tu masing-masing dah serasi, nak bertengkar pun dah takder point yang besar pun, nak bermasam muka ke, nak timbul rasa tak puas hati ke dah takder,maklum la masing-masing dah besar panjang, berkeluarga dan berkarier, hal-hal remeh dalam band boleh diselesaikan dengan berhibur dan bergelak ketawa di pub sahaja. Lagi pun kebelakangan ni saya tidak melihat PxSx sebagai sebuah band lagi dah, apa yang saya lihat PxSx adalah sebuah keluarga yang ‘besar’. Dan kami harap anak-anak kami nanti boleh melihat apa yang kami buat pada hari ini adalah satu pemahaman dalam sebuah konsep keharmonian kekeluargaan.

5. PxSx sejak akhir-akhir ini begitu gemar keluar dengan rilisan berbentuk split.. apakah keseronokan di sebalik rilisan-rilisan split ini?
Bercakap megenai buat split ni, keseronokannya amat banyak, antaranya kita dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan lebih effisien, baik antara band yang terlibat dalam split tu mahu pun pihak label yang nak riliskan split tu. Secara tak langsung wujud hubungan baik dan juga persahabat diantara dua pihak. Selain itu, disebalik setiap split yang released tu ada cerita nya tersendiri baink antara band mahu pun label itu sendiri. Buat split ni juga tak terbatas kepada sesame genre sahaja, bole buat dengan genre yang berlainan mengikut persetujuan pihak-pihak yang terlibat.


6. PxSx pernah melahirkan album penuh bukan? Cuba ceritakan tentangnya!
Yer ada, pertamanya full length kami yang berjudul “Noise Grindcore” yang di keluarkan oleh Going Postal Records (US), yang keduanya berjudul “The World Strangulation” yang dikeluarkan oleh Subliminal Recordings, yang ketiganya berjudul “Media Forcefuck To Your Mind” yang dikeluarkan oleh DIY NOISE dan yang keempatnya berjudul “Mind Numbing Bastard Always Get Kill” yang dikeluarkan oleh Deathattack Magazine, Perennial Music dan Mad Squeege Printworx.. Apa yang saya ingin kongsi dan ceritakan disini adalah full Lenght yang keempat itu adalah hasil kerjasama erat antara PxSx dengan magazine editor, organizer gig dan juga kedai printing, tiada langsung keterlibatan record label dalam urusan released full length album itu. Disitu saya belajar bahawa sagala urusan pengluaran boleh dilakukan tanpa keterlibatan label, selagi kita semua mempunyai semangat stia kawan, jujur dalam segala urusan dan kerjasama yang erat itu sudah memadai dan ternyata ianya berjaya.

7. 15 tahun men-grinding! PxSx begitu banyak rilisan di bawah diskografinya.. cuba anda senaraikan hanya 10 rilisan yang dianggap most essential kepada PxSx itu sendiri?
01- 6 way split “TOO RAW TO GRIND” Cd released by Grindlover Production (Indonesia)
02- PxSx split w/ Melanucetus Murrayi. 7” vinyl released by Grindblock Records, SAORS.
03- PxSx split w/ Carcass Grinder. Tape released by Paladdin Shitheads Tapes and shits.
04- PxSx split w/ Exacerbacion. 7” vinyl released by Slaughterhouse Records, NHDIYRECS, Underground Pollution Records.
05- PxSx split w/ Sete Star Sept. Tape released by Blastwork Records (Japan)
06- PxSx split w/ Ekunhasshasstak. 7” vinyl released by Stockroom Records (France)
07- PxSx split w/ Gorgonized Dorks. 3” cd (THC and DIY Records)
08- PxSx split w/ Insomania Isterica. Tape (Crushing Cassette)
09- PxSx split w/ Dental Work, Faction Disaster, Pigto. 4 way split (Placenta Recordings)
10- PxSx split w/ Cum Sock. 7” lathe-cut (Nuclear Alcoholocaust Records, Narcotica Distro, Dead Legs Akimbo, NHDIYRECS)


8. Apa penumpuan terhadap penulisan dan isi-kandungan lirik-lirik PxSx?
Segala lirik dan idea bagi PxSx adalah hasil penulisan Anep Rizuan dan Alep Burgerbyte pasalnya dia duaorang ni mempunyai pemikiran yang kritis, sarcasm dan lebih kepada permerhatian terhadap konsep masyarakat dan kehidupan.Mereka ni dah merantau lebih jauh dari saya, jadi segala pemerhatian dan paperwork yang mereka lalui itu diolah dalam lirik-lirik PxSx. Pernah jugak saya terfikir untuk publishkan lirik-lirik tu, tapi lepas kena sound dengan pihak berkuasa satu masa dulu, dah malas malas la nak bikin. Buat masa sekarang ni pun Anep masih lagi membantu dalam segi penulisan lirik dan idea.

9. Di mana letaknya kelebihan PxSx dalam scene Grindcore tempatan?
Apa yang saya tahu, PxSx tiada apa-apa kelebihan pun dalam scene grindcore tempatan atau mana-mana scene pun..PxSx adalah sebuah band yang kecil, dari sebuah Bandar yang kecil, masih baru dan masih belajar dengan lebih lagi. Mana-mana scene atau mana-mana gig pun kami boleh join takder hal punya la. Yang penting kita semua berkawan baik, cukuplah..


10. Bagaimana dengan gig disertai PxSx dan apakah keghairahannya??
Keghairahan main gig ni adalah samada yang di atas stage mahu pun yang berada di moshpit semuanya berpesta, have fun ramai-ramai, buat apa yang kita enjoy nak buat, buat kawan baru, jumpa kawan lama, check out stuff baru, dapat jalan-jalan kat tempat orang.

11. Luahkan apa yang anda suka dan tidak suka dengan dunia dan kehidupan ini?
Apa yang saya suka mengenai kehidupan ni adalah berniaga,dengan berniaga kita boleh membantu, memajukan dan mendidik masyarakat, dapat mengeratkan uhkwah dan keluarga. Selain itu, saya amat suka suasana kampung, pantai, mandi sungai, sambal belacan....etc.. Apa yang saya benci adalah sikap sesetengah orang dalam scene underground ni yang bajet bagus, bajet elite ( tapi tak la se elite mana pun.), jadi righteous pigs, jadi police scene, dan segala perkara-perkara buruk seperti mereka yang mengekploitasi kanak-kanak, perang, rasuah, pecah amanah, manusia yang menganiaya kucing, ....etc


12. Apa plan PxSx untuk masa akan datang??
Plan kami untuk masa akan datang banyak antaranya nak main gig lagi, nak buat split lagi (ada 2 split dalam format 7” vinyl, 1 split dalam format 12” vinyl dan 3 split dalam bentuk tape) , nak join compilation lagi, berhenti kerja makan gaji, berniaga, bukak kolam mancing, dok kampong layan kebun buah, bukak bengkel 4X4, bukak kedai cake untuk wife masing-masing dan macam-macam lagi la.

13. Ini sahaja interview ringkas dari kami.. lontarkan kata-kata terakhir PxSx.
Terima kasih boss, atas interview yang best ni, semoga berjaya dalam segala yang diusahakan, kepada pembaca yang budiman, terima kasih meluangkan masa anda membaca interview ni, kalau ada sebarang statement yang menyinggung perasaan dalam interview ni kami mohon maaf..terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang menyokong kami dari dulu sampai sekarang, yang membantu kami dari segi fizikal, material, dan spiritual. Terima kasih. Segala persahabatan disambut dengan disambut dengan hati yang terbuka.band atau label yang mau bikin split contact jer kami... contact kami di: sickscreen_p@yahoo.com. Boleh juga check out page kami di facebook, myspace, reverbnation, youtube,...dan lain-lain...

Interview: WEOT SKAM


WEOT SKAM dari Georgetown, Pulau Pinang ini wujud semenjak 2002 lagi. Karya punk/hardcore mereka bermula dengan pengeluaran '1st Demo/Reheasal' cassette 2003 dan '2nd Demo/Reheasal' CD-r 2004. Mereka juga terlibat dengan pelbagai projek split dan compilation. Keluaran terbaru WEOT SKAM adalah "Six-Pack Tsunami Attack" CD 2013. Sebuah interview telah diatur dan dijawab oleh Edd (gitar) dan Dzul (vokal).

1. Tahniah kepada Weot Skam kerana baru sahaja mengeluarkan CD 2013 "Six-Pack Tsunami Attack". Apakah maknanya penghasilan album ini kepada Weot Skam?
Edd: Thanks. This release means and represent everything that the band is about. Kalau ang kenai kami dan mendengar lagu-lagi pada cd kami, aku guarantee you could imagine what is it all about.

2. Kepada yang mungkin tidak begitu mengenali Weot Skam, boleh cerita sedikit bagaimana band ini bermula, apa idea asalnya dan line-up sekarang?
Edd: The first original line up started at around 2002. Kami mula kenai kat komtar through skateboarding. Idea asalnya was just to skate and play punk music. As years go by we had 2 waves of line up changes but currently as of 2013 its Edd, Dzul, Leon, Marco and Sam from the band Coma helping us to play the drums. It’s 2014 dan kami masih punk but with shitty jobs, still skating and still fucking up. What makes us interesting is the diversity of line-up members from different races and musical background which makes us not your typical local band. The current lineup is solid as fuck.

3. Ok, apa definasi muzik yang dibawa oleh Weot Skam? Dari mana kamu semua perolehi inspirasi untuk muzik Weot Skam?
Edd: Definasi music Weot Skam has always been nothing else but punk music. Inspirasi actually comes from our surrounding and the stuff we do and faceeach day. Nothing fancy, no bullshit just things we like and hate.

4. Berapa lama agaknya mengambil masa untuk siapkan rakaman dan penerbitan "Six-Pack Tsunami Attack"? Mungkin ada pengalaman menarik yang dapat dikongsi sepanjang tugasan menyiapkan album tersebut?
Edd: Rakaman ini makan masa yang agak agak lama yang memang tak masuk akal. Ittoook us 1 year. Rakaman ini dibuat di Soundmaker Penang. At that time aku bekerja di Melaka, Marco travels around the country for his work and thesis, Leon pulak has 2 metal bands yang agak aktif. Tapi the good thing was that everyone was committed to make this release happen.Pengalaman disini was that we had a chance to explore the recording process in depth throughout. It wasn’t like the normal recording sessions which a band comes, play, edit, mixing, mastering and Siap sudah. What we did was the total opposite. We had the sound engineer us the lineup was as well taking part and learning to do what he does but tarak la dasyat mana tapi it was a good learning curve for all of us. Kalau ada anything that sucks on this cd, we don’t mind because we suck good \m/ !!.


5. Siapa disebalik kerja-kerja mencipta dan menggubah lagu-lagu dalam album tersebut?
Edd: Kami semuaa take responsibility in doing and contributing everything. No one is left out to be lazy.

6. Apa intipati lirik dan mesej yang ditulis dan hendak disampaikan kepada pendengar?
Edd: Have fun fuckking up!

7. Cuba cerita sedikit pasal Weot Skam "Fuck Your Promo" Digital vinyl CD-r 2012?
Edd: Promo itu was just to spread the word around. Tarak apa sangat just sharing the new upcoming materials with the kids.

8. Adakah Weot Skam "Breaking EP" cassette 2009 masih boleh diperolehi?
Edd: Aku tak pasti sangat but maybe hampa boleh get in touch with Dzul or deadbeat shop for this.
Dzul: "Breaking" EP sebenarnya sudah habis terjual sebab cassette tu hanya dipress sebanyak 200 copies saja. Aku ada perancangan untuk re-release EP tu tapi maybe dalam bentuk format 7".

9. Hmm.. selepas hampir 10 tahun berlalu, apa yang boleh Weot Skam perkatakan tentang '1st Demo/Reheasal' cassette 2003 dan '2nd Demo/Reheasal' CD-r 2004?
Edd: Hahaha...itu cult abis bagi kami..2 release tu was fun and teramat lah kelakar.Everytime we hangout and pasang balik that stuff aku akan gelak terguling..Suara Dzul, Suara Aku mmg kelakar and bingit. But those 2 stuff were our starting point.

10. Weot Skam juga banyak terlibat dengan penghasilan split dan compilation.. tentu ianya menyeronokkan dan amat berharga bukan?
Edd: Yeahhh..compilation aku tak ingat sangat tapi splits yes. Kami value sangat our split releases because each of the release has it’s significant and It’s a good way to share and spread our ideas elsewhere. Kami biasanya akan buat split dengan band which are on the same page as us.


11. Dead Beat Media yang bertanggungjawab mengeluarkan "Six-Pack Tsunami Attack".. cerita sikit pasal label ni?
Dzul: Dead Beat Media adalah label bersama aku dan isteri Jill Girardi releasing mostly death metal and grindcore. Dead Beat (Shop) pula adalah punk dan metal store yang kami usahakan di Penang distributing all kind of extreme music. "Six-Pack Tsunami Attack" di keluarkan oleh Kandar Mosh Distro dan Pissed Off! Records (Melaka), bukan Dead Beat Media. Kandar Mosh Distro adalah label yg aku buat sebelum Dead Beat Media/Shop. Idea asal label ni hanya untuk release stuff Weot Skam (disamping doing trade and distribute outside stuff in here) memandangkan susah nak harapkan label lain untuk release stuff kami. Lama-lama aku jadi seronok and aku fikir why not aku release some other stuff dari band-band yang aku minat. And Kandar Mosh Distro will continue releasing Weot Skam stuff in the future. Kalau label lain tak mau buat biar aku buat. Kita sendiri pun mampu. Tak perlu mengharapkan orang. Fucking do it yourself and do it already!

12. Bagaimana suasana scene muzik underground di Penang sekarang?
Edd: Suasana disini agak berbeza sedikit but actually its laid back and very relaxing. Tarak la hectic mana but semua orang kenal antara satu sama lain and agak senang untuk membuat kawan and share the same interest and passion.

13. Last sekali, cerita lah sedikit bagaimana kalau kawan-kawan di luar sana nak dapatkan CD "Six-Pack Tsunami Attack" ni? Then, tutup sessi interview ni dengan sedikit kata-kata?
Dzul: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD album kami, boleh lah contact Weot Skam, Kandar Mosh Distro ataupun Dead Beat Shop berharga RM10. Akhir kata, terima kasih pada Noise From Hell zine sebab interview Weot Skam dan sorry sebab lambat reply ini interrview. Harap hang punya project semua berjalan lancar. For the readers, buy the CD because Weot Skam is the real hardcore! Shut the fuck up! Thanks!

KEEP CALM & LISTEN TO Oi! / 12.04.2014


KEEP CALM & LISTEN TO Oi!
Saturday 12 April 2014
Rainhouse Studio, Ipoh
4pm / RM15

featuring:
SKINROVERS
2ND GUESS
PLASTIC GANGSTER
Oi! COMPLOT
THE UNXPECTED
PENAKLUX
FLEET & TEAM

www.facebook.com/events/630697690331330

KYLESA | LIVE IN KUALA LUMPUR 11.04.2014


RUMAH API & NOT A FEST presents

KYLESA live in Kuala Lumpur!
"Kylesa is an American sludge metal band that was formed in Savannah, Georgia. Their music incorporates experimentalism with sludgy riffs, drop-tuned guitars and elements of psychedelic rock. The group was established in 2001 by the former members of Damad, with the addition of guitar player Laura Pleasants who is from North Carolina. The band has since undergone line up changes; the remaining original members are Phillip Cope and Laura Pleasants. In 2006, the band added two drummers (Carl McGinley of Unpersons, from Savannah, and Jeff Porter). Eric Hernandez (of Capsule, from Miami) joined in 2008 to replace Porter. The dual drum tracks are often panned strongly to the right and left."

Local Act: 
GAUR (KL Heavy Crust)
NAO (KL Progressive Rock)

Venue: Bentley Auditorium, Damansara
Date: 11th April 2014 (Friday)
Time: 2000hrs
Ticket: Pre-Sale (RM60), Door (RM80)

PECAH DI MULUT (6 APRIL 2014)


PECAH DI MULUT GIG vol.0
TARIKH: 6 APRIL 2014
TEMPAT: SIMPANG 3, JALAN DAM LAHAD DATU, SABAH
TIKET: PRE SALE RM5 / FRONT DOOR RM8

TIKAMxLARI (SEMPORNA)
PROPAGANDA KE 3 (SDK)
ASK THE QUIT (SDK)
xSYNDICATEx (SDK)
MASSGRIND (TWAU)
UNNAMED (TWAU)
GERODOK (LD)
CHICK N FOX (LD)
MAD BULLET (LD)
REACTORIZER (LD)
THE LAZY DEATH HUMAN (LD)
BACK FOR REVENGE (LD)

www.facebook.com/events/259375077578704/

ANTI-FASCIST GIG #1 (21 MARCH 2014)


SAKITENGKOK KOLEKTIF REPRESENTS: 
ANTI//FASCIST GIG #1

PARTICIPATING BANDS:
SETE STAR SEPT (JAPANESE DUO NOISE GRIND)
DISCULTURE (PONTIANAK CRUST GRIND)
LEMON DJIN (PONTIANAK ALCO-UNHOLY-GRIND)
13 (KCH CRUST-GRIND)
BADXPIT (KCH POWERVIOLENCE)
PIG-KRUST (KCH D-BEAT)
KRAVYARD (EPIC CRUST)

VENUE: APPLESEED STUDIO, KUCHING
DATE: FRIDAY 21st MARCH 2014
TIME: 5PM
ENTRANCE: RM5

Saturday 8 March 2014

Review: ATOMICDEATH - Re-Atomation EP (Nexro Records 2014)


Luckily I allready had the chance to share the stage with those fine Malaysian Thrash Hordes, when they came on a small Tour with our alcoholic friends APPÄRATUS in 2013. And out of the blue, my friend and their bassplayer Pätto sent me their new 2 Track EP lately.

First side comes with "Till the Violence end". A neckbreaking Thrasher in the vein of old Destruction or Sacrifice. Those guys know how to do this. It all fits completly, including the mosh part in the middle to calm down. Their singer Faiz always reminded me at a young Schmier - not that much high pitched screams, but really aggressive shouting.

Second side "Hell reign on Earth" starts off with a slow double bassish intro and goes into a midtempo Thrash Anthem. I can literally see the people screaming "Hell reign on Earth" at front row of their next shows.

Hope to see and hear more of them, and I REALLY do hope, someone bring them over again to Europe. I know many people would LOVE to see them again. The last Tour was way too short!


Reviewed by: Oliver Barth

DOOM - DOOMAGGEDON CHAOS IN KUALA LUMPUR 2014


DOOM - DOOMAGGEDON @ KUALA LUMPUR, MALAYSIA 2014. Live at Black Box Publika, Solaris Dutamas. Kuala Lumpur. 25th February 2014

FEAR OF THE FUTURE.
THANATOPHOBIA.
DISEASED.
BURY THE DEBT.
LOST THE FIGHT.
LIFE LOCK.
REASONABLE FORCE.
CLAUSTROPHOBIA.
DIG YOUR GRAVE.
CARCINOGEN.
ANTISOCIAL.
TRASH BREEDS TRASH.
A DREAMS TO COME TRUE.
SUFFER IN SILENCE.
OPEN MIND SURGERY.
STRIPPED, WHIPPED & CRUCIFIED.
HUMAN MEAT.
EXPLOITATION.
WAR CRIMES.
POLICE BASTARD.

NATURAL ABUSE.
NAZI DIE.
RELIFF.
MEANS TO AN END.

JEMBALANG PUNK #4 / 22.03.2014


BP DRUNKARD drunkly presents:
JEMBALANG PUNK #4 + Poison View Zine release party!

with killer bands!
- Sete Star Sept (Japan)
- Vaaralinen (Singapore)
- Mass Separation (KL)
- Sense of Crisis (Pahang)
- Tersalah (KL)
- Compulsion to Kill (KL)
- Pusher (KL)
- Distaste (Terengganu)
- Black Demons (Johor)

22 March 2014
RM15 with free Poison View zine at door!
5PM
The Wall, Batu Pahat

www.facebook.com/events/266597796854399/
www.facebook.com/thewallbp

X IS PUNKKAH / 15.03.2014


The Wall presents: X IS PUNKKAH (...or 'pangkah') featuring THE INTIFADA, DUCKHEAD, URUGHAI, FLUSH, INTIFADAH, HUMAN CHOP, CHAOS BOMB, FAGGY NOISE and JOHN THE MORON.  The Wall (Batu Pahat) / 2pm / Saturday 15 March 2014 / RM10. All Agges Show. No Racism. www.facebook.com/thewallbp

RAPPA / PUNK FROM CHAOS TOUR / 09.03.2014


NOT A FESTIVAL Kuala Lumpur brings you thrashing mad hardcore punk from Morioka City, Japan - RAPPA at Rumah Api on Sunday (9th March 2014) with local act: BERANTAKAN, The Garrison, Skitsöfrenia and Sense Of Crisis. RM15. 6pm. Poster by Fahmi Reza.

www.facebook.com/NotAFestKL
www.facebook.com/pages/Rumah-Api/157888934276502