Tuesday 8 April 2014

Review: SKINBASHER "Punkapak" CD 2012


Sebagai permulaan, gua mengambil kata-kata Ajax selaku frontman (gitar & vokal) kumpulan ini di mana dalam usaha mengimbau kembali era Rock Kapak yang telahpun lama berlalu, SKINBASHER telah mengambil langkah merombak kembali kegemilangan muzik tersebut, membuat sedikit modifikasi muzik Rock Kapak atau juga ada kalanya digelar Rock Kangkang disulami dengan elemen-elemen muzik Punk Rock maka terhasillah apa yang dipanggil "Punkapak". 

Dilancarkan pada 6 Oktober 2012, "Punkapak" merupakan album ke-empat SKINBASHER selepas "Transglobal Confusion" (1999), "Mama Beta" (2001) dan "Infiniti" (2009). Untuk pengetahuan, SKINBASHER telah ditubuhkan semenjak tahun 1993 lagi oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman di persada underground tempatan. Mereka mula mencipta nama menerusi demo "Hypertension" (1995). 

Dengan kehadiran Tom THE BOLLOCKS sebagai jurutera rakaman, "Punkapak" mengangkat 10 buah lagu yang sesungguhnya Punk dan Rock! Anda boleh samada mengatakan ini sebuah album Punk yang bernafaskan Rock ataupun sebuah album Rock yang bernafsukan Punk. Hakikatnya, Punk dan Rock adalah bersaudara! Sembilan daripadanya adalah lagu yang penuh dengan sifat Punk-Rock-Kapak-Melayu, manakala hanya sebuah lagu berteraskan Bahasa Inggeris. 

01. Gitar dan Conga (feat. Aca Shaqeera)
02. Tentang Chinta
03. Dari Tuhan
04. Punkapak 
05. Akupunktur
06. Kleptomania
07. Berjalan dalam hujan
08. Dosa dan Pahala
09. Natesria
10. Runaway

Gua cukup kagum dengan irama-irama, melodi dan susunan muzik yang dipersembahkan oleh SKINBASHER dalam album "Punkapak" ini. Setiap darinya sangat-sangat menarik, menangkap dan melekat di samping nyanyian-nyanyian yang selamba dan mudah difahami. Setiap lagu yang diperdengarkan boleh dikatakan radio-friendly (mesra radio) yang mana sedikit sebanyak dapat melonjakkan nama SKINBASHER di peringkat arus perdana. Walaupun ini kedengaran agak menjurus kepada komersial, gua percaya SKINBASHER kekal dengan akar umbi dan identiti underground sejati!


"Punkapak" pada kesimpulannya diujudkan untuk mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik di negara ini. Dipercayai kebanyakan di kalangan peminat muzik rock dan metal tempatan telah dewasa bersama atau paling tidak pernah meminati muzik SEARCH dan WINGS maka "Punkapak" adalah sesuatu yang unik datang dari usaha menggabungkan citarasa muzik dahulu dan sekarang!


Review oleh: Asid KRÜSTed - krusted.blogspot.com

No comments:

Post a Comment