Saturday 19 April 2014

Review: PERPETUAL "Grind Your Mind" CD 2013


Padat, ketat dan berat! Istilah-istilah tepat untuk menggambarkan isi kandungan album "Grind Your Mind" dari PERPETUAL. Sepertimana definasi mereka Brutal Harsh Grindcore, band berasal dari Sandakan, Sabah ini menggunakan sepenuhnya pengalaman luas dan perjalanan jauh mereka semenjak ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menghasilkan muzik yang benar-benar Grindcore, memenuhi piawaian Grindcore antarabangsa.

Dengan bantuan seorang rakan dari Sabah juga, saya perolehi CD mengandungi 10 buah lagu keluaran label The Noise Productions. Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan:

1. The Intruders
2. Grind Your Mind
3. The Downfall of Humankind
4. Deadworld
5. New World Destroyer
6. Insanity of War
7. Disversus Suspicio
8. Dominator
9. Protector of the Truth
10. Life Disorder


Kualiti PERPETUAL dalam album cukup terserlah melalui pengendalian instrumen, kegarangan vokal, kepaduan bunyi dan profesionalisma yang ditonjolkan. Muzik mereka bukan kebisingan sembarangan tetapi kebingitan maksima yang berkarisma! Seperti yang saya katakan di peringkat awal tadi, anda sepatutnya tidak perlu memikir panjang untuk mendapatkan CD ini kerana "Grind Your Mind" adalah hasilkerja dari sebuah band yang telah lama memperjuangkan muzik mereka dan band yang benar-benar memahami apa itu Grindcore!

RM25 termasuk pos. Hubungi zamodox@gmail.com atau 013-8724406 (Zam).


90/100 - Intensely harsh grind to the core!

No comments:

Post a Comment