Sunday 2 November 2014

KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT


KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT dikeluarkan oleh HEADHUNTER RECORDS dan mendapat sokongan DDT DISTRIBUTION. Split ini menampilkan 4 buah band di kalangan Third World Country Punks; CON-DAMN THE CORRUPTOR (Sabah), MOKERS (Malang, Indonesia), ROUNDOFF 40 (Sabah) dan DUM DUM TAK (Kuala Lumpur).

"Pada tahun 2014, banyak tangkapan dibuat dibawah Akta Hasutan kerana berlainan pendapat dan menyatakan kebenaran. Kami tuntut Akta Hasutan dimansuhkan kerana ia melanggar hak asasi kebebasan bersuara rakyat Malaysia."

Statement di atas tertulis pada coversleeve split ni, so inilah yang menjadi penyebab utama keempat-empat band ni bersatu dalam 1 CD, menyuarakan pendapat yang sama maka terlahirlah rilisan yang digelar KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT ni. Illustrasi cover dibikin oleh Roddy manakala layout pula oleh Nizang.


Mana-mana penyokong keluaran 4-way split CD ni kalau mahu dapatkan salinan untuk pendengaran, penghayatan dan koleksi korang, boleh hubungi facebook band-band yang terlibat atau terus ke label-label yang bertanggungjawab. Harga tanya kat dorang.

Facebook:

No comments:

Post a Comment