Monday 24 November 2014

Interview: ANGKARA


Kali ini dibawakan sessi soal-jawab bersama band D-Beat Crust Punk dari Kulim, Kedah bergelar ANGKARA. Mereka baru-baru ini mengeluarkan sebuah demo baru bertajuk “Violation” dan khabarnya mahu masuk studio rakaman lagi awal tahun hadapan. Nak tahu apa lagi? Sekarang kita bersama ANGKARA...

[1] Bila dan apa yang mendorong korang mulakan ANGKARA? Siapa line-up sekarang?
Angkara start Disember 2009, kawan-kawan seangkatan yang banyak bagi semangat untuk terus main muzik. Di samping memang cita-cita aku untuk terus menulis lagu. Line-up: Rizal (gitar dan vokal) & Aziman (drum). Bass masih lagi proses mencari.

[2] Cuba terangkan camner muzik ANGKARA ni?
Straight D-Beat distortion dan kemarahan!

[3] Ok, apa agaknya yang banyak mempengaruhi / beri inspirasi pada korang punya penulisan muzik & lirik?
Discharge, Motorhead, Search dan M Nasir.

[4] Beritahu kami lebih lanjut mengenai demo baru korang “Violation”? Apakah korang benar-benar puashati dengan demo tu? Camner maklumbalas yang korang dapat setakat ni?
Demo Violation 2014 adalah rilis yang mana aku rasa masih kurang berpuas hati disebabkan sound yang kurang cun di situ. Tapi kami sedang berusaha untuk itu. Demo ini dirilis adalah untuk buktikan Angkara masih wujud. Sebab agak terkejut kerana ramai yang mengatakan dan mengandaikan Angkara sudah RIP. Kami masih memperjuangkan mood d-beat dan karya-karya mengutuk korupsi dan menolak segala bentuk penindasan dari kapitalis. Feedback yang agak baik dari kawan-kawan. Walaupun kami hanya rilis 100pcs saja. (Info: akan dirilis semula oleh local DISTRO nanti, mungkin ujung bulan 12).


[5] Dah ada plan untuk rilis-rilis akan datang?
Ya. Proses rekod dan mix di Kerbau Studio telah siap. Mungkin akan dirilis dalam tahun depan. (Sebenarnya recording tu pada Februari 2013, tapi ada kesibukan dan hal-hal yang tak dapat dielakkan tapi ok saja.. semua dah setel). Kami juga ada plan untuk recording tahun depan untuk projek split di mana mungkin Januari 2015 masuk studio.

[6] Apa sahaja berkaitan gig yang korang telah dan akan main?
Ya, kami baru lepas main gig di Alor Setar pada Oktober (1st time main kat sana). Ada juga undangan-undangan lain tapi tak dapat penuhi di atas kesibukan kerja dan komitmen famili. 21 Disember bermain di Ipoh, Januari 2015 main di Alor Setar lagi. Untuk gigs di luar utara agak susah nak main sebab aku agak sibuk.

[7] Apa yang korang mahukan untuk ANGKARA?
Terus berkarya dan sama-sama berjuang menolak penindasan. Berhibur dan menyampaikan pesan atau agenda kami. Berkongsi muzik dan idea dalam ruang yang ada ini.

[8] Apa pendapat kau tentang scene punk/crust tempatan?
Aku tak pandai nak komen yang ni. Cuma aku harap local punk tak kira apa genre muzik pun menyokong satu sama lain. Dan harap semuanya sukses.

[9] Terima kasih! Kata penutup?
Terima kasih kepada anda dan sangat-sangat menghargai usaha anda.. terima kasih banyak-banyak. Up punx!

No comments:

Post a Comment