Monday 6 January 2014

ShitNote!: Selamat Tahun Baru 2014

Hell-ooo! SELAMAT TAHUN BARU 2014. Dah lama aku tak menulis dalam ruangan ShitNote! aku ni. Apa pendapat korang tentang NOISE FROM HELL zine yang aku dok bikin ni.. kalau boleh aku nak tau gak respon dari korang. Aku sedar NFHzine takdelah memberi impak yang besar kepada scene underground kita tapi paling kurang aku ada sedikit sumbangan dengan menyalurkan maklumat dan sebagainya!

Tahun 2014 ni aku harap aku akan dapat tulis lebih banyak review dan untuk makluman aku sedang menanti jawaban-jawaban interview yang aku hantar soalan-soalannya sejak 2013 lagi tapi masih belum menerima replies dari mereka. Antara band-band yang aku hantar soalan adalah seperti berikut:


WEOT SKAM - Penang's Orang Utanic Hardcore Death Squad!
SHITNOISE BASTARDS - Kuala Lumpur Raw Grind Noise
HELLEXIST - Crust tanah perkuburan Johor Bahru
PSYCHOTIC SUFFERANCE - Negeri Sembilan Noise Grindcore
PEREK KASI GEREK - Sungai Petani Thrashy 90's Punk Rock!

Aku berharap benar supaya band-band yang aku sebut di atas dapat meluangkan masa menjawab soalan interview aku bagi melengkapkan lagi perjalanan NFHzine aku yang tak seberapa ini. Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA 2014. Hubungi: trashnoiser@gmail.com atau FB: Trashnoiser Noisefromhell

No comments:

Post a Comment