Monday, 24 November 2014

Interview: ANGKARA


Kali ini dibawakan sessi soal-jawab bersama band D-Beat Crust Punk dari Kulim, Kedah bergelar ANGKARA. Mereka baru-baru ini mengeluarkan sebuah demo baru bertajuk “Violation” dan khabarnya mahu masuk studio rakaman lagi awal tahun hadapan. Nak tahu apa lagi? Sekarang kita bersama ANGKARA...

[1] Bila dan apa yang mendorong korang mulakan ANGKARA? Siapa line-up sekarang?
Angkara start Disember 2009, kawan-kawan seangkatan yang banyak bagi semangat untuk terus main muzik. Di samping memang cita-cita aku untuk terus menulis lagu. Line-up: Rizal (gitar dan vokal) & Aziman (drum). Bass masih lagi proses mencari.

[2] Cuba terangkan camner muzik ANGKARA ni?
Straight D-Beat distortion dan kemarahan!

[3] Ok, apa agaknya yang banyak mempengaruhi / beri inspirasi pada korang punya penulisan muzik & lirik?
Discharge, Motorhead, Search dan M Nasir.

[4] Beritahu kami lebih lanjut mengenai demo baru korang “Violation”? Apakah korang benar-benar puashati dengan demo tu? Camner maklumbalas yang korang dapat setakat ni?
Demo Violation 2014 adalah rilis yang mana aku rasa masih kurang berpuas hati disebabkan sound yang kurang cun di situ. Tapi kami sedang berusaha untuk itu. Demo ini dirilis adalah untuk buktikan Angkara masih wujud. Sebab agak terkejut kerana ramai yang mengatakan dan mengandaikan Angkara sudah RIP. Kami masih memperjuangkan mood d-beat dan karya-karya mengutuk korupsi dan menolak segala bentuk penindasan dari kapitalis. Feedback yang agak baik dari kawan-kawan. Walaupun kami hanya rilis 100pcs saja. (Info: akan dirilis semula oleh local DISTRO nanti, mungkin ujung bulan 12).


[5] Dah ada plan untuk rilis-rilis akan datang?
Ya. Proses rekod dan mix di Kerbau Studio telah siap. Mungkin akan dirilis dalam tahun depan. (Sebenarnya recording tu pada Februari 2013, tapi ada kesibukan dan hal-hal yang tak dapat dielakkan tapi ok saja.. semua dah setel). Kami juga ada plan untuk recording tahun depan untuk projek split di mana mungkin Januari 2015 masuk studio.

[6] Apa sahaja berkaitan gig yang korang telah dan akan main?
Ya, kami baru lepas main gig di Alor Setar pada Oktober (1st time main kat sana). Ada juga undangan-undangan lain tapi tak dapat penuhi di atas kesibukan kerja dan komitmen famili. 21 Disember bermain di Ipoh, Januari 2015 main di Alor Setar lagi. Untuk gigs di luar utara agak susah nak main sebab aku agak sibuk.

[7] Apa yang korang mahukan untuk ANGKARA?
Terus berkarya dan sama-sama berjuang menolak penindasan. Berhibur dan menyampaikan pesan atau agenda kami. Berkongsi muzik dan idea dalam ruang yang ada ini.

[8] Apa pendapat kau tentang scene punk/crust tempatan?
Aku tak pandai nak komen yang ni. Cuma aku harap local punk tak kira apa genre muzik pun menyokong satu sama lain. Dan harap semuanya sukses.

[9] Terima kasih! Kata penutup?
Terima kasih kepada anda dan sangat-sangat menghargai usaha anda.. terima kasih banyak-banyak. Up punx!

Saturday, 22 November 2014

Interview: DUM DUM TAK


DUM DUM TAK sebenarnya bermula sekadar sebuah jamming band atau projek sampingan 4 anggotanya yang masing-masing mempunyai band utama pada ketika itu. Niat sekadar suka-suka tidak terhenti, mereka semakin menyatu dengan muzik mereka dan sekarang Dum Dum Tak bergerak serius mengembangkan ideologi hardcore/punkrock cernaan mereka. Yang terbaru dari band yang diasaskan di Ampang ini adalah penglibatan mereka dalam 4-way split “Kami Penghasut”. Dalam interview ini kita bersama Nizang (bass, backing vocals) menjawab pelbagai persoalan yang diajukan.

[1] Assalamualaikum Mr. Nizang. Apa khabar? Sebagai pengenalan, boleh cerita sikit sejarah penubuhan Dum Dum Tak. Bila dan di mana band ni ditubuhkan? Apa idea atau tujuan asal Dum Dum Tak ni ditubuhkan dan adakah idea/tujuan tu masih sama pada hari ini atau ianya telah berkembang lebih jauh?
Waalaikumsalam…aku sihat, Alhamdulillah. Okey, band ni ditubuhkan dengan tidak sengaja di Ampang. Di sebuah studio jamming ketika kami jamming suka-suka masa lepak sama-sama. Lepas jam sebuah lagu sendiri dan kemudian jadi empat, tujuan band ni hanya sebagai side-project band tapi selepas main beberapa show di beberapa tempat dan mendapat maklumbalas yang positif, kami teruskannya sampailah sekarang. Dan sekarang ini merupakan band utama untuk setiap ahli. Tujuannya mungkin masih sama iaitu kerana kami memang suka muzik punk rock, jadi pastinya mahu bermain dalam band punk rock dan hasilkan lagu, e.p, album dan merchandise-merchandise lain macam band punk yang lain disamping menyampaikan idea-idea kami menerusi lirik. 

[2] Ok, siapa line-up yang berada dalam Dum Dum Tak sekarang? Apakah saudara Nizang gembira dengan kedudukan Dum Dum Tak pada masa ini? Bagaimana bro lihat sumbangan band ni kepada scene Punk/Hardcore tempatan secara menyeluruh?
Line-up sekarang ni yang tetap dan selalu ada adalah Spanky (dram), Fael (gitar, vocals) dan aku (bass, backing vocals). Rizie masih bersama kami tapi dia terlampau sibuk dengan kerjanya jadi kami bagi laluan padanya untuk tumpukan pada kerjaya. Gembira juga kerana band ni disukai ramai berbanding band-band yang pernah aku sertai sebelum ni. Cuma sekarang kami sibuk dengan komitmen untuk selalu berlatih dan rakam lagu baru. Tapi keluarga dan kerja mestilah diutamakan. Sumbangan kami? Kami cuba buat apa yang kami mampu untuk memberi inspirasi kepada band-band lain terutamanya yang lebih baru dan segar. Kami suka bermain di gig yang bercampur genre. Kami cuba memajukan band dengan mengeluarkan merchandise dan buku supaya band-band, kolektif dan individu lain memperoleh inspirasi, kalau tak berjaya, kami sudah cuba apa yang kami mampu. 

[3] Camner korang definasikan muzik Dum Dum Tak ni? Apa benda yang korang rujuk sebagai inspirasi dalam pembikinan muzik (dan juga lirik) untuk lagu-lagu ciptaan Dum Dum Tak?
Kami panggil aja muzik kami hardcore/punk. Tapi muzik kami banyak juga yang kedengaran poppunk dan melodic punk. Inspirasi dari macam-macam band dari poppunk ke anarchopunk. Fael yang banyak menulis lagu kami dan dia namakan Union 13, Aus Rotten, Resist and Exist, NOFX dan FSF sebagai pengaruhnya. Band-band yang kami semua layan termasuk The Bollocks, Ramones, NOFX, Nostalgia, Marjinal, FSF, Depress, A.C.A.B dan lain-lain. Aku ada tulis beberapa lirik dan biasanya tentang isu social politik semasa seperti perjuangan mahasiswa, bomoh temberang, pengundi hantu dan lain-lain. Ada juga lirik macam lagu rakyat/folk. Bahan bacaan juga memberi inspirasi kepada aku.


[4] Release terbaru Dum Dum Tak kalau tak silap saya adalah pembabitan dalam 4-way split “Kami Penghasut” keluaran Headhunter Records, edaran DDT Distribution. Ok bro, bagi cerita sikit pasal camner terjadinya rilisan split CD ni? Agak conceptual, ianya berkaitan bantahan terhadap Akta Hasutan.. nyatakan pendapat Mr. Nizang terhadap perkara ni?
Okey, sebenarnya projek ini adalah usaha dari Benny Pangazou (Headhunter Records / Penguasaanjing / Con-damn The Corrupter). Dia yang menjemput kami, dan kerana kami tak sempat untuk merakam lagu baru, kami hanya sumbangkan lagu-lagu lama kami yang selalu dibawakan di gig-gig. Lagu-lagu ini diambil dari rilis ‘Hentikan Penindasan’ dan juga split bersama Always Last. 
Benny meminta cadangan aku untuk tajuk 4-way split ini. Aku dapat idea untuk memberikannya tajuk sebegitu sempena isu semasa yang sedang hangat sekarang iaitu isu ‘Akta Hasutan’ dimana ramai individu ditangkap dibawah akta ini kerana menyatakan kebenaran. Ini memang sesuatu yang tidak patut berlaku, seolah-olah pemerintahan kuku besi. 


[5] Perjalanan Dum Dum Tak telah dibukukan. Boleh terangkan lebih lanjut tentang dokumentasi yang diberi nama Aksi Reaksi tu?
Sejak aku kenal punk rock dan baca zine, aku pun buat zine dan lama-kelamaan aku jadi minat menulis dan membaca buku. Jadi aku fikir, aku dah tulis zine dan baca beberapa buku punk dari luar seperti dari Aaron Elliot (Cometbus zine), Cindy Crabb (Doris Zine), Scumbag (tentang vokalis Burgerkill), Hidup Sihat Gaya Punk Hardcore dan lain-lain. Jadi aku fikir aku juga mahu menulis buku tentang muzik punk. Kerana di Malaysia tidak banyak buku genre begini diterbitkan. Inspirasi nak tulis buku ni datang dari buku Double Duce (Aaron Cometbus) dan 28 Hari Jurnal Rock n Roll (Mohd Jayzuan). 
Buku ini aku huraikan balik catitan-catitan kami di blog dengan lebih detail apa yang terjadi disebalik tabir perjalanan dan aksi kami di gig-gig dan lain-lain aktiviti seperti merakam lagu. Juga segala yang perlu diketahui tentang band ni aku tulis dalam buku tu. Mungkin ada sambungan nanti…hehe…

[6] Cerita sikit pasal rilisan Dum Dum Tak yang lepas-lepas kalau boleh, terutamanya tentang “In defense of Pop Punk” (split 2011 w/ Always Last), “Hentikan Penindasan” CD 2009 dan “Punk Dah Mati” promo CDR 2008. 
Apa yang nak diceritakanya…okey 
a) ‘In defense of Poppunk’ tu sebenarnya adalah ‘teaser’ untuk keluaran kami iaitu split dengan Always Last yang tiada tajuk tu. Sebelum keluarkan split 12 lagu, kami keluarkan dulu 4 lagu. Tapi lagu Dum Dum Tak yang dimasukkan ‘Pergi Mampus’ tu yang versi puas hati belum keluar lagi…hahah..
b) ‘Hentikan Penindasan’ adalah keluaran rasmi yang pertama. Aku panggilkan ia album saja. Mungkin ada yang kata tak layak dipanggil album sebab tak cukup panjang atau tak cukup berkualiti, tak kisah. Panggil saja apa-apa. Memuatkan 13 buah lagu dan dikeluarkan oleh 10 label. Kami bercadang nak keluarkan cetakan kedua CD ni pada tahun hadapan, doakan ia berjaya direalisasikan. 
c) ‘Punk Dah Mati’ pula merupakan promo atau teaser untuk album ‘Hentikan Penindasan’. Sebelum keluar 13 lagu, kami keluarkan 3 lagu dulu dengan cetakan terhad. Itu sahaja…


[7] Takde ke dalam perancangan Dum Dum Tak untuk release full-length baru?
Kami sebenarnya sudah tulis kira-kira 17 lagu untuk album baru. Cuma kerana masa dan komitmen membuatkan kami belum sempat berlatih kesemua lagu tersebut. Maklumlah jamming pun 2 bulan sekali, jadi lambat lagu nak lekat. Doakan kami berjaya jamming semua dengan elok dan ada cukup duit untuk merakam dan keluarkan album baru tahun depan, 2015.

[8] Selain Dum Dum Tak, kitaorang jugak tahu yang Nizang juga individu di sebalik Mosh zine dan Nervhous Records. So, bro ceritalah apa-apa perkembangan semasa projek-projek fanzine dan record label ni dan selainnya kalau ada.
Nervhous Records baru mengeluarkan album untuk band Brayok dari Ipoh, Perak. Memuatkan 12 lagu melodic punk/reggae. Cuba dapatkannya, aku pasti korang akan puas hati. Lirik mereka juga tentang social politikal. Cuma berharga RM15 dan percuma sticker. Mosh zine isu 14, 15 & 16 masih ada dijual. Mosh zine isu 17 pula dalam pembikinan sekarang. Sesiapa ada sumbangan boleh hantar pada aku di nizangmosh@gmail.com.


[9] Camner eh korang describe Dum Dum Tak on stage? Apa show/gig yang paling melekat dalam memori korang? 
Antara show yang melekat di memori aku adalah ‘Peace Gig 3’ di Cherating, ‘Berseronok Tour’ Marjinal di Kuala Lumpur, ‘Art of Noise’ di Johor Bharu dan juga ‘Konsert Eco-Freedom’ di Kuala Lumpur. Ini kerana sambutan dari crowd yang menggalakkan. Banyak juga cerita seronok yang berlaku dalam perjalanan, yang sudah aku cerita dalam buku Aksi Reaksi 2.

[10] Last question, maaf ganggu kesibukan harian bro Nizang. Secara peribadi, apa pendapat bro Nizang terhadap scene Punk/Hardcore di Malaysia sekarang ni?
Okey semakin maju dan bagus dengan banyak DIY space untuk adakan gig. Sekarang kita ada cassette store day, record store day, zine festival, distro day out...banyak peluang untuk pedagang DIY menjual barang mereka... Tapi makin ramai dan maju sesebuah scene, makin berpecah-pecahlah. Makin berpuak-puak dan masam muka. Aku rasa ini sesuatu kebiasaan dan tidak dapat dielakkan mungkin…Tapi berlapang dadalah. Kita kawan, bukan lawan…kan??? Terima kasih pada Trashnoiser,blog Noise From Hell dan semua pembaca…punk sokmo!

Tuesday, 18 November 2014

Interview: BRAYOK


BRAYOK is a four-piece Ipoh-based punk rock band which blends ska and reggae into their sound. They started in the year 2004 and have joined a 4-way split in 2007 entitled "Punkrock Paradox" as well joined a few compilations. They have played everywhere nationwide. The band has recently released "Let's Go!" features all the best songs they have in their catalog. Consisted of Rudy (guitars/vocals), Syamil (bass/vocals), Yan (guitars/vocals) and Solih (drums/vocals), here's an interview with the BRAYOK.

[1] First of all, how did you guys get together and built up this insane BRAYOK team? The bandname sounds unique I think, what does it mean actually? 
We started on 2004, that time our line up was Rudy on guitar, Syamil on bass and drummer Solih.. Shortly after that, on 2009 we decided to have an additional guitar and Yan was take part in Brayok.. Brayok is a word came from Terengganu, meaning of Brayok is something like flithy or 'kata maki' Rudy was really want to use this name for a long time before..

[2] I read that BRAYOK plays Punk Rock mixed with Ska and Reggae. How do you personally describe / elaborate further about this music style? Do you think that bands such as NOFX, Bad Religion and Carburetor Dung really give major influences into your direction?
Yes, we are play Punk Rock mixed with Reggae & Ska.. All the punk band that you said are very influence in our music coz our punk rock scene become largest from year to year. It also can be accept coz if you see a day before, Punk cannot be accepted by public. Punk was give look like "budaya kuning". Nowadays you can see punk rock has been accept on mainstream radio station and other media. It is possible that punk be accept in mainstream like Marjinal, Bunkface etc..

[3] Where did you put BRAYOK in the entire local Punk music scene?
BRAYOK, whenever we in scene for 10 years, but we are not a band that really have many follower like other. We had many compilation release before. And Brayok was not  famous and known by people but we are satisfy..


[4] Your release entitled “Let's Go!” compiles all songs have been recorded by the band, right? Well, let us know further about this compilation album and how far it mean or represent the existence of BRAYOK since the beginning?
Let's Go! album is our first album that we had release and it is our biography. Its really mean to us to be in this scene and show our identity.  We have many song that are not be recorded and all song were made ourselves.

[5] How was the responses / feedbacks upon “Let's Go!” look like?
We has a different response from our release before or our compilation response that we have include song, record, and specific interview for us like you did. It was more excited than before..

[6] Have you guys ready with new material or perhaps another release in plan? Tell us more about your new music if any?
As you know, we are on the same line. Before this we not have real job and our commitment to Brayok were really important and we do what we want to do. But its different now, our commitment are more to our family and job.. And our next release are not same like before coz of our commitment. Maybe we have it but it will take a longer time for an album compare to our release before.


[7] I watched your Music Video “Hikayat Penuh Sakti'” on youtube. Lotsa fun and nice things. Please say something about this video making, the shooting, etc. And also, do you have an idea to do another video?
The Hikayat Penuh Sakti video as you see, there are fully DIY and it was made by ourself with some helped from our friend. The ideas of this video was not to far from our message that we want to present in this song. As a DIY video and punk band, we dont have enough budget for made up this video to describe our message. We are already plan our next video and it is same like before, totally DIY. We just can say that it will be unique and very good video. Just wait for it..

[8] How about appearing in gigs? What are the best things you got and experienced for a certain show?
In our exprience, we are comfortable and love to play mix genre on gig. We just like that way. After release our album, we have played and travel on our minitour. It was really fun and enjoy. We also done for our album launch or release party at our hometown. It was great moment for us together. After this, our show will be more variation.

[9] Shit out your last words?
Yeah! We like to shit out our word.. Hehehe. We like to thank to everybody and all our friend who has give their support for us and we are really appreciate it. Thank to all and you to. We are the same..

Monday, 10 November 2014

CHAOS IN RUMAH API #2 | 26 - 28 DISEMBER 2014


Yeahh.. Festival independen punk hardcore thrash grind terbesar di Malaysia kembali! CHAOS IN RUMAH API #2 akan diadakan pada 26 - 28 DISEMBER 2014 di Rumah Api, Ampang. Pada hari Khamis 25 Disember lagi dah start dengan satu event dipanggil TANDANG STORE DISTRO DAY OUT. 

3 hari berikutnya dipenuhi dengan aksi-aksi live dari lebih 30 band, antaranya; ATOMICDEATH, SENSE OF CRISIS, (((CONNECTION_ERROR))), MILISI KECOA, ROTGUT, CORONATION, DAIGHILA, VIRGINIA ON DUTY, 13DAS, DOSA, GOATLUSTING CHAOS, LOWFAT, MINUS, PUNAHRANAH, KEPARAT, THE DIRTY DOGS, RESIST, xTOLAKKOKx, SEIZED, DA SMERT, KONTRADIKSI, ENAM JAHANAM, XRDM, NEGATION, GRASP OF DYNAMITE, HIDDEN INTENT, IMMINENT PSYCHOSIS, PSYCHOGENIC PSYCHOSES, NEVER COME BACK, BACKLASH, ABOLITION A.D serta TO HELL WITH YOU. Ok, kat bawah ni pihak penganjur dah sediakan rundown untuk jadual harian dan giliran band-band ni.


Tiket kemasukan untuk kesemua 3 hari berturut-turut adalah RM40. Untuk lebih lanjut mengenai CHAOS IN RUMAH API #2 korang boleh layari atau cari info di link berikut:

07-12-2014 | Tripping Hazard! Volume 3


Tripping Hazard! Volume 3 akan diadakan di Level 8, UTC Melaka pada Ahad, 7 Disember 2014 dibawa kepada anda oleh Crude Collective. Gig ni di-headline oleh Killeur Calcuteur yang dalam rangka Book of Flags Album Release Tour mereka dan juga Moi Las Von yang turut berada di Go Die! Album Tour. Selainnya, gig akan sama dimeriahkan oleh band-band seperti Impression Year, Deepset, Dum Dum Tak, Piri Reis dan Loch. Bayaran masuk RM15. Show start jam 5 petang.

facebook.com/crude.collective
facebook.com/events/670555653059825

28-11-2014 | THE UNFORTUNATE FRIDAYS IX


Pada 28 November 2014 bertempat di Rumah Api, Ampang akan berlangsung siri #9 gig THE UNFORTUNATE FRIDAYS di mana persembahan datang dari band-band seperti THAWR (Post Hardcore Tampin), ALOTLIKETURD (Experimental Hardcore Seremban), SECRET IN DEFENSE (Crossover Hardcore Kuantan) dan DERITAxTERUS (Fast Hardcore Puchong). Bayaran masuk cuma RM7 dan gig bermula jam 7:00 malam.

Marjinal - Negri Ngeri [Official Music Video]


Khabarnya ini video muzik pertama rakaman MARJINAL setelah lebihkurang 17 tahun usia keujudan, perjalanan dan perjuangan band aliran Punk Folks dari Jakarta, Indonesia ini. Diarahkan oleh Allan Soebakir, proses pembuatan klip video untuk lagu "Negri Ngeri" (Versi Baru) ini berlokasi di Tempat Pembuangan Akhir (TPA) Bantar Gebang. "Dengan ini kami mempersembahkan sebuah video karya anak bangsa guna menyampaikan sebuah ungkapan rasa dan cinta kami pada tanah air ini guna perubahan yang lebih baik, aman dan sejahtera bangsaku...", memetik kata-kata MARJINAL berkenaan video tersebut. Diterbitkan di youtube.com pada 14 Mei 2014 dibawa oleh Drims Studio's.


Friday, 7 November 2014

09-11-2014 | PUNK IS AARRGGHH!!!


Hari Ahad, 9hb November 2014 ni akan ada gig PUNK IS AARRGGHH!!! anjuran Avail Records di Kokuns Studio, Kota Kinabalu, Sabah. Gig ni headlined by 13 DAS (Kratom Dbeat Rawpunk) sempena dorang punya Dekontraksi Dogma 2014 Tour Borneo/Java. Turutserta buat persembahan: GERODOK (Lahad Datu old Punk Rock but Goodies), ARMADOS (Lahad Datu Crustcore Metalpunk) dan TAKE ME AWAY (Kota Kinabalu Warzone old school Hardcore). Show start 8pm sharp! Entry by donation.

KOKUNS STUDIO
Lot 22, Block C, Asia City, Kota Kinabalu

09-11-2014 | RAMPAGING NIGHT #2


RAMPAGING NIGHT 
a hardcore punk night in solidarity with the resistance against the rise of fascism & extremism and in solidarity with the resistance against the NCR land eviction & abuse of authority.

TERSSALAHH [hardcore punk]
LANGGAR LARI [trashcore]
DUM DUM TAK [punk rock]
RAHMAT HARUN [poetry]
BERANTAKAN [pyrate punx] 

RUMAH API//9TH NOV//9 PM//RM10

KILLEUR CALCULATEUR - BOOK OF FLAGS LP


KILLEUR CALCULATEUR
"Book of Flags" Vinyl LP
Tandang Records / Framecode Records

The long-awaited debut vinyl release by local Post-Hardcore band KILLEUR CALCULATEUR is slated to be released on 9th November. According to the posting by Tandang Store (a.k.a. Tandang Records), 300 copies on black vinyl have been pressed, and it’s open for pre-orders from Monday, 3rd November. These pre-orders would come with free buttons and patches.

PRE-ORDER START NOW AND LIMITED to 50 COPIES. 2 copies maximum for each person. PRE-ORDER PRICE: RM50 (free Patch & Button). RETAIL NORMAL: RM55 (will be on the street starting from 8th November 2014. First edition of 300 copies. Black Vinyl). It's running fast so hurry up!! E-mail tandangstore@gmail.com or framecoderecords@gmail.com.

Tracks from the album are also available for download from bandcamp, itunes and more.


Do check out the video of Golden Triangle, one of the tracks featured on "Book of Flags" Vinyl LP. You can download the song for free at soundcloud.com/killeurcalculateur.


Find out details at:

Thursday, 6 November 2014

IDEA IS OUR WEAPON - A BENEFIT FOR FOOD NOT BOMBS COMPILATION


IDEA IS OUR WEAPON - A BENEFIT FOR FOOD NOT BOMBS compilation cassette available now! It was launched at the benefit show for FOOD NOT BOMBS KUALA LUMPUR at RUMAH API [rumahapi.weebly.com] few weeks ago on Saturday, 25th October 2014. 

48 bands across the globe sharing solidarity to raise funds for FOOD NOT BOMBS compiled in this 90 minutes compilation. The tape distributed by TANDANG STORE [facebook.com/tandangstore]. For mailorder/wholesale, reach the message to cactusdistro@gmail.com.


*IDEA IS OUR WEAPON derived from the IDEA ITU SENJATA [IDEA IS WEAPON] zine, the first DIY published zine by the FOOD NOT BOMBS collective in KUALA LUMPUR back in the 2000s.

For further information:

14-11-2014 | PESTA HANTU VIOLENCE Part 13


Black Sun X Reindeer present: PESTA HANTU VIOLENCE Part 13. Menampilkan KILLEUR CALCULATEUR (Book Of Flags Tour), Jerk Keruoac, Alotliketurd, Osmantikos, Nailed dan Vijf. Gig akan diadakan di CLOCK STRIKES STUDIO, Padang Jawa, Shah Alam pada Jumaat, 14 November 2014 bermula jam 9mlm.

Wednesday, 5 November 2014

BLACK DEMONS - "Black Rock & Roll Madness" EP 2014


Telah terbit dan mula diedarkan! BLACK DEMONS - "Black Rock & Roll Madness" EP 2014 dalam format pro-tape dikeluarkan oleh BLOOD OF WAR RECORDS. BLACK DEMONS adalah band dari Batu Pahat, Johor yang memainkan muzik metalpunk di bawah pengaruh Venom, Motorhead, Midnight dan sepertinya. Kaset EP ini mengandungi 6 buah lagu, termasuklah sebuah cover lagu dari Venom. "Black Rock & Roll Madness" rilis secara rasmi pada 25 Oktober 2014 bersempena kemunculan BLACK DEMONS di acara FOOD NOT BOMBS (A Benefit Show For Food Not Bombs KL) berlangsung pada hari tersebut di Rumah Api, Ampang. Hubungi BLOOD OF WAR RECORDS di e-mel bloodofwar_records@yahoo.co.uk kiranya berminat mendapatkan EP ini. Info: bloodofwarrecords.blogspot.com

FREEDOM PUNKER VOLUME 20


Freedom Punker Volume 20 is out! Hava you downloaded it yet? The latest release from Freedom Punker Volume 20 is sure to hit the spot. Check out the bands!

Download Here

01 The Obscenities – Fuck Off Trump
02 Death from Above – Dream of Peace
03 Secular Plague – Meat = Murder
04 Debacle – Mindless Hate
05 Dräp – Vedergällning
06 System Shit – You Have No Right
07 False Cause – This Flag
08 Rattenvanger – Ecological Suicide
09 Kugra – Mater Dei
10 Ichsucht – Tristesse
11 Atos de Vinganca – Dioniso Digerido
12 Ek Decay – Corruption
13 Born of Freedom – Stop the War
14 Sounds of Threat – Under Attack
15 Existench – Locked Inside
16 Alien Possession – Victory Is at Hand
17 Rotten Stitches – Zombie Society
18 Rogue State – No Matter What You Choose
19 Confront Stage – Slave Work (Cover Luta Armada)
20 Forsaken Profits – Tartarus
21 Sakata – Badut Revolusi
22 Staatsverrat – Fuck Off
23 Black Sector – Keparat Bertopeng Aparat
24 The Gagged – Cyclical Psycho
25 Parricide – About Nothing
26 Artigo 157 – Stupid Cops
27 Nihil Gun – Ultimo Chimpanzé
28 Lebah Hitam – Bullshitfix


Looking for more?
freedompunker.com
freedompunker.blogspot.com
facebook.com/FreedomPunker

NORIFUMI - Isu 3



NORIFUMI Fanzine kembali dengan penerbitan isu ke-3 di mana seperti biasa zine ini memuatkan catatan peribadi dan anekdot di samping temuramah bersama Pinpin (Misgive) dan Benny (Penguasa Anjing). Turut diselitkan ruangan ulasan muzik dan bahan bacaan. Harga senaskah cuma RM4 dan untuk pesanan mel perlu ditambah RM4 penghantaran melalui pos ekspres. Kepada yang mahu dapatkan zine ni, korang boleh contact di facebook editornya Abam Bear atau tinjau info di norifumizine.blogspot.com.

Sunday, 2 November 2014

KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT


KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT dikeluarkan oleh HEADHUNTER RECORDS dan mendapat sokongan DDT DISTRIBUTION. Split ini menampilkan 4 buah band di kalangan Third World Country Punks; CON-DAMN THE CORRUPTOR (Sabah), MOKERS (Malang, Indonesia), ROUNDOFF 40 (Sabah) dan DUM DUM TAK (Kuala Lumpur).

"Pada tahun 2014, banyak tangkapan dibuat dibawah Akta Hasutan kerana berlainan pendapat dan menyatakan kebenaran. Kami tuntut Akta Hasutan dimansuhkan kerana ia melanggar hak asasi kebebasan bersuara rakyat Malaysia."

Statement di atas tertulis pada coversleeve split ni, so inilah yang menjadi penyebab utama keempat-empat band ni bersatu dalam 1 CD, menyuarakan pendapat yang sama maka terlahirlah rilisan yang digelar KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT ni. Illustrasi cover dibikin oleh Roddy manakala layout pula oleh Nizang.


Mana-mana penyokong keluaran 4-way split CD ni kalau mahu dapatkan salinan untuk pendengaran, penghayatan dan koleksi korang, boleh hubungi facebook band-band yang terlibat atau terus ke label-label yang bertanggungjawab. Harga tanya kat dorang.

Facebook:

BRAYOK - Hikayat Penuh Sakti


Yeah, kita enjoy satu official music video dari BRAYOK dengan lagunya 'Hikayat Penuh Sakti'. BRAYOK yang terdiri dari 4 anggota dari Ipoh ni main muzik Punk Rock yang dikacuk dengan elemen ska dan reggae dalam sound dorang. Mereka dah bermula sejak 2004 lagi dan sertai 4-way split "Punkrock Paradox" di tahun 2007 di samping join jugak dalam beberapa rilisan kompilasi. Mereka pun dah main show di merata tempat seluruh negara.


BRAYOK baru-baru ni keluarkan album "Let's Go!" yang mana dorang muatkan semua lagu-lagu terbaik band ni. 12 buah lagu semuanya dalam CD yang dicetak profesional serta inlay pun full-coloured. Pembeli jugak akan dapat sticker percuma beb! Penggemar muzik macam NOFX, Carburetor Dung, Bad Religion dan yang ala-ala gitu dicadangkan segera dapatkan "Let's Go!" CD ni ok. 

Pepehal tengok info di:

Saturday, 1 November 2014

23-11-2014 | SMASH FEST


Ratu Punk.. chewah.. ratu tu... sebab dorang all-female punk band from Kota Kinabalu, MISGIVE akan act as headline dalam SMASH FEST pada 23 November 2014 di The Freak Sunday Studio Distro, Tawau (in front of Eastern Plaza, 3rd Floor). Penampilan MISGIVE akan turut ditemani persembahan sokongan oleh SIDE BY SIDE, FATAL HOROR, GAMExOVER, 28 DAYS LATER, THE PARALYSED, VERSATILE, DITA DARCIA, SILVERSUN, THE SERPENTINE OFFERING, THE GLITCH dan NOTA. Tiket harga RM20 di pintu masuk tapi kalau korang nak murah boleh ambil Pre-Sale RM15 so contact 017-8934861 (Jal) atau 014-5512206 (Kip). Show start ontime 12pm.

lepak sini cari info:

22-11-2014 | VIOLENCE IS FOR LOVER


Di The Wall, Batu Pahat bertarikh 22 November 2014 (Sabtu) akan dilangsungkan event VIOLENCE IS FOR LOVER. Band-band yang ambil bahagian antaranya Schloka, Daighila, Piri Reis, Cult Faith, Sensor Sensor, Impression Year, Shereen Syndicate, Gymnastic Skull Whistling dan Halal (formerly known as Halal Hadhari). Nak masuk kena bayar tiket cuma RM12 dan jangan jupa gig start jam 4:00 petang. Pihak organizer ada pesan: Bring your friends, D.I.Y stuffs for sale, space cakes, mattress, hand-fan, extra t-shirts, lampu lip-lap and don't forget the love. Terima kasih!

EVENT INFO:

09-11-2014 | SILVER STATE OF MIND


Orait! SILVER STATE OF MIND akan tampilkan KILLEUR CALCULATEUR sempena Book Of Flags Peninsula Malaysia Tour dorang dan juga BRAYOK yang akan bikin "Let's Go" Album Release. Gig ni berlangsung di Rainhouse Music Studio, Ipoh pada Ahad, 9 November 2014. Turut serta band-band seperti SOFT, HARMACY, SKINROVERS dan PRIMEVAL memeriahkan lagi acara yang bermula jam 5:00 petang dan tiket dikenakan RM15. Enjoy!

check it out!

Thursday, 30 October 2014

01-11-2014 | NOT A FEST KUALA LUMPUR XIII


NOT A FEST KUALA LUMPUR XIII akan berlangsung di Rumah Api, Ampang pada 1 November 2014. Gig menampilkan band-band seperti DEMANDA (Nara City's fierce Punk Rock), DEGENERATE (Osaka's heavy monster Hardcore), THE NATIONHEAD (Kuala Lumpur's agressive Oi!), GLASSWAR (Kuala Lumpur's rocking Punk Rock), BAD IDEA (Batu Pahat's bad boys Hardcore) + special guest! Acara bermula jam 8:00 malam. Bayaran masuk RM15. Organized by Bronze Fist Records ...with the holy alliance of Bangsar Bootz/Bottlez Boys (aka KNOT Records, Cactus Records, Atonal Microtonal & Blood Of War)

more info:

Saturday, 25 October 2014

THRASH & BURN 2014 (16th November 2014)


KL Metalcamp presents THRASH & BURN 2014

featuring:

MUNICIPAL WASTE
CENTRAL DISPOSAL
SARJAN HASSAN 

Whether you’re into punk, metal, hardcore or any of the diluted sub genres concocted in the past decade, you probably have a vein that’s been pinched by MUNICIPAL WASTE. Richmond, Virginia’s speed metal punks will be on the road this coming November hitting Kuala Lumpur by headlining KL Metalcamp: Thrash & Burn 2014. Check out the full details below.

DATE: Sunday, 16th November 2014
VENUE: Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara
TIME: 7.00 PM until 10.00 PM

ENTRANCE INFO:

EARLY BIRD: RM98
only available online from 17 Oct until 31 Oct 2014.
(online purchaser receive special autograph, media & photo session with band. M&G)

PRE SALE: RM118
available from 1 Nov until 14 Nov 2014. 
(available online, all Rock Corner outlets and selected metal store)

AT DOOR: RM130
(available at the venue - Bentley Music Auditorium)

EARLYBIRD TICKET AVAILABLE AT:

2. Rock Corner | All outlets
- Subang Parade (Ground Floor) 03-56131139
- The Curve (Ground Floor) 03-77331139
- Bangsar Village (1st Floor) 03-22021139
- The Gardens (3rd Floor) 03-22014893
- Suria KLCC (Level 3) 03-21815560

3. Selected Metal Store
- Nebiula HM Shop, KL - 011-15448766
- Necro X, Ipoh – 019-4271054
- Dead Beat, Penang - 012-4405694
- RDL, JB +6584031231
- Ravage Recs, SG - +6597929305

For more info, log on to : 
www.facebook.com - KL Metalcamp

TURN UP! THE VOLUME 4 | 15.11.2014


MUSIC AGAINST DISCRIMINATION
TURN UP! THE VOLUME 4
15TH NOVEMBER 2014

FEATURING:
- NARATU (KL)
- BENEATH THE ENCASING (SG)
- SEARCH AND DESTROY (KCH)

LOCAL PERFORMANCES BY:
- A MILLION EVIL FACES
- CONDAMNED THE CORRUPTER
- OUTFALL
- COOL-IN-TANGAN
- ORANG PLANET
- BOIL
- ROCK-EN-SOUL
- SHOOTIMDAY

AND WELCOME BACK:
- BEFALLS THE ARGOSY

KARAMUNSING ROOM, KOTA KINABALU
DOOR OPEN AT 12PM
ENTRANCE FEE:
RM15 (PRE-SALE) / RM25 (FRONT DOOR)

DETAILS:
www.facebook.com/TUTVKK

Friday, 24 October 2014

FOOD NOT BOMBS | 25.10.2014


A Benefit Show For FOOD NOT BOMBS KUALA LUMPUR.

Bands:
Mass Separation
Virginia On Duty 
Black Demons
Brawk
Rehearse

25th October 2014
RM10
6PM

facebook.com/pages/Rumah-Api/157888934276502

Wednesday, 22 October 2014

MORE THAN LIFE: LIVE IN KUALA LUMPUR


Date: 26 October 2014
Venue: Alt+HQ, Kuala Lumpur
Time: 2PM
Ticket: RM60 @Door

Bands:
MORE THAN LIFE (UK)
MARIA CAMPBELL (PHI)
MISGIVE
KIDS ON THE MOVE
NAILED
THE EIGHTYFOUR
STRIKEOUT
MEDIANCOAST
NARATU

Details:
frameworkrecords@yahoo.com
facebook.com/frameworkrecordsmy
facebook.com/events/759328377442727

PUSING WAX PARTY - 01.11.2014


Pusing Wax Party Vol. 2
[DJ/Band/Vinyl Selector party]

Acts:-
John Hafiz & The Other Guy.
[House/Hip Hop/Bass]

Smek.
[Indie/Punk]

Tenderfist.
[Electronic Pop]

Aggroboss Soundsystem & Friends.
[Dirty Reggae Boss]

Venue:-
C&J Alabama Shake bar & cafe.
90, Church Street.
10200 George Town.
Penang.

Event date: 1st November 2014.
Admission: RM 10.

Show starts at 9 PM.
No drugs allowed.
100% music for your soul!!!

facebook.com/events/453788064759227

GRUNGEZILLA KL - 25.10.2014


Alor Seattle Scene & Muddive Records
presents:
GRUNGEZILLA KL
Dated: October 25th, 2014
Venue: Insider Space, Cheras
Start: 3pm till end
Ticket: RM15

Featuring:
- Flossy
- Bloodymary
- Vigil
- Maddame
- Nameless
- Electric Funeral
- Private Whizz
- Stillaway
- Valencies

Details:
www.facebook.com/events/378781188935678/
www.facebook.com/GrungezillaTour
www.facebook.com/MuddiveRecords

Saturday, 11 October 2014

TANDANG ANNIVERSARY | 11.10.2014


TANDANG ANNIVERSARY 1
11 OCTOBER 2014
8pm ONWARDS
RM15 PER ENTRY
RUMAH API, AMPANG

ELIZABETH - Swiss hardcore punk
https://ezbth.bandcamp.com/

DAILY RITUAL - Singapore post punk
https://dailyritual.bandcamp.com/

KEBULUR - Putrajaya dark crust.
https://kebulur.bandcamp.com/

DAIGHILA - Rembau emo violence
https://daighila.bandcamp.com/

GAUR - heavy downtune sludge hardcore
https://gaur.bandcamp.com/

further info:
https://www.facebook.com/events/1476591942605253/
https://www.facebook.com/tandangstore

Tuesday, 19 August 2014

MERDE-KAH??? (BULAN 8 DI TAWAU) - 30 OGOS 2014


MERDE-KAH??? (BULAN 8 DI TAWAU) akan menghimpunkan aksi-aksi live terbaik dari band seperti BERANTAKAN (Bukit Bintang Punk), GERODOK (Lahad Datu Punk), ARMADOS (Lahad Datu), ELEPHANT OI! (Sandakan Oi!), CON-DAMN THE CORRUPTOR (Kota Kinabalu), WICKED (Tawau Oi!) dan MEREMPAT (Tawau). Gig berlangsung di HOTEL EMAS, Tawau pada 30 Ogos 2014 bermula jam 1:00 petang! Tiket jualan di pintu masuk RM25. Hubungi Hijrah di 016-8020484 jika ingin mendapatkan tiket pre-sale RM20 dan maklumat lain!

LAST MINUTE HC SHOW - 19.08.2014


LAST MINUTE HC SHOW
JAMMING TOUR SESSION NEVER SURRENDER 2014

- KEEP THE FAITH (Indonesia HC)
- KARRAK (Punk Grindcore)
- STREETSOLDIER (Oi! Skinheads)
- SIDExKICK (Aggro HC Punk)

Date: 19.08.2014
Venue: UTC LEVEL 8, MELAKA
Start: 9PM
Ticket: RM7

SURI @ JOHOR BAHRU: 22 OGOS 2014


Unit heavy stoner Rock Blues bergelar SURI dari kota Jakarta, Indonesia akan mengadakan persembahan live di Stopzone Gig Hall, Larkin Idaman, Johor Bahru pada Jumaat, 22 Ogos 2014. Gig yang dijadualkan bermula pada jam 5:00 petang turut dimeriahkan beberapa band 'sokongan'; NIGHTSHADERS (Progressive Death Metal dari KL), STAMPEDE (Post Punk Singapura), AGENT SUNDAL (Porn/Noise Grind N.Sembilan), THE BANGSAT (Crust/Punk Pasir Gudang) dan LOGAM (Thrash Metal JB). Tiket berharga RM25 dan gig ini dianjurkan oleh MUZIK BOX PRODUCTION. muzikbox@hotmail.com

KEBULUR - Jelajah Promosi Demo "Kewujudan"


Dark Crust Hardcore dari Putrajaya - KEBULUR ketika ini sedang menjelajah Semenanjung Malaysia sempena album demo sulung mereka bertajuk "Kewujudan". Boleh dapatkan demo mereka dari mereka dan Bullwhip Records.



Jadual Jelajah:
16.8.2014: UTC Melaka
21.8.2014: Soundmaker Studio, P.Pinang
30.8.2014: Blackwave Fest, Cherating
12.9.2014: Rumah Api, Ampang
13.9.2014: The Wall, Batu Pahat

www.facebook.com/Kebulur
www.facebook.com/events/278412599031817/
kebulur.bandcamp.com/releases

CON-DAMN THE CORRUPTOR - Debut Full-length Out Now!


Inanam/Sabah's Punk Rock CON-DAMN THE CORRUPTOR has recently released their debut full-length CD entitled "Story From Our Land". The album priced for RM15 only! So get in touch with the band via their facebook now! CON-DAMN THE CORRUPTOR previously released self-titled Promo CD 2013, "Sabahan Punks" Single and limited 20 copies "Siok Sendiri" promo which all these are sold out! They also appeared on Sabahan Child United compilation.


Contact:

SICK,FAST,LOUD VOL: II [13 SEPTEMBER 2014]


Its our Punkcaroba annual event for d.i.y hardcore/punk band to heat up our Kuching scene. This is the volume II of SICK!FAST!LOUD!

FEATURING:
TOOLS OF THE TRADE (K.L Death Grind)
ONCOM GRONDONG (Bandung Crustcore/Punk)
PERPETUAL (Sandakan Grindcore) 
UTERUS NECROSIS (Pontianak Grind)
13 (Death Grind)
LIBERAL LIBERALIS (Hardcore Punk)
EXTERMINATE (Kuching Grindcore)
VELHALA (Thrash/Metal)
DANCE ON YOUR GRAVE (Hardcore/Punk)
CON-DAMN THE CORRUPTOR (Inanam/Sabah Street Punk)
WILDHORSE

DATE: 13th September 2014
VENUE: Appleseeds Jamming Studio, Kuching
Entrance: RM30
pre-sale: RM20
supporting friends: DEADBEAT SHOP (Penang)

Monday, 18 August 2014

THE DEAD GOATS - Path Of The Goat - LP gatefold - PRE-ORDER!


THE DEAD GOATS - Path Of The Goat - LP gatefold - PRE-ORDER!

12 E + postage

Presale is open untill 22nd August 2014! Premiere date - 23.08.2014! 

Postage:
- Germany = 7 E - DHL parcel up to 10 kg (you can add more stuff)
- World = 9 E - registered mail up to 1 kg (max 2 copies)
- EU Countrys option - parcel up to 5 kg = 18 E (you can add more stuff)

Order only by e-mail: darksideofpunk@gmail.com

Details and much more stuff on:

Saturday, 16 August 2014

PULSE SOUND VOLUME 2 - 17 OGOS 2014


Venue: Riveratone Studio, Muar
Date: 17 Aug 2014
Time: 5.00 pm onward
Ticket: RM 10.00

SIFULAN - Singapore Screamo
LAST MINUTE - Klang Valley HC/Punk
URUGHAI - Batu Pahat Screamo
BAD IDEA - Batu Pahat HC/Punk
RESCOUND JUMLEY MUSCLE - Melaka Exp. Rock
KARRAK - Muar Grindcore

https://www.facebook.com/events/665101260241445/

Friday, 18 July 2014

SHARON STONED "The Unfinished Business" 2014 Demo/Sampler


AVAILABLE NOW!! SHARON STONED "The Unfinished Business" 2014 Demo/Sampler. To those who can longer wait, the GBK crew is back, to ruin your day!! This 'teaser' sampler of raw, thrashy Hardcore Punk, features songs from their 'unfinished' sessions for their upcoming split EP, to be released sometimes before the year ends! Brought to you by YOUTHCRIME RECORDS and REVULSION RECORDS. Only 50 copies made!!

BLACKWÄVE FESTIVAL 2014


Event: BLACKWÄVE FESTIVAL - 2 Days Hardcore Festival & Guaranteed Beach Parties!
Date: 30th & 31st August 2014
Venue: Beach Bar - Cherating Beach, Kuantan
Time: 2pm till sunset (both days)
Ticket: RM35 for 2 days entries

DAY 1: 30/8/2014
ANNIHILATION TURBO KIDS (KL)
VIJF (KL)
GAUR (KL)
GLASSWAR (KL)
DISTASTE (East Coast)
KEBULUR (KL)
ROTGUT (East Coast)
UNHOLY SMOKERS (East Coast)
BLACK DEMONS (South)

DAY 2: 31/8/2014
CRIMESCENE (KL)
WHIRR (KL)
VÄÄRISTYMÄ (East Coast)
WEOTSKAM (North)
BAD IDEA (South)
ANGKARA (North)
CUSAD (Indonesia)
NIGHTWOLF (KL)
NIURA (Switzerland)

more info at:
www.facebook.com/hauskulturproject
www.facebook.com/events/297669777078698/
Email: hauskulturproject@gmail.com

BRAYOK - LET'S GO!


BRAYOK is a four-piece Ipoh-based punk rock band which blends ska and reggae into their sound. They started in the year 2004 and have joined a 4-way split in 2007 entitled "Punkrock Paradox" as well joined a few compilations. They have played everywhere nationwide. Check out an official music video of 'Hikayat Penuh Sakti' on YouTube to get an idea of their stlye and cheekiness.


"Let's Go!" features all the best songs they have in their catalog. 12 tracks, full-colored inlay, professionally pressed CD plus free vinyl stickers. Grab a copy now! For fans of: NOFX, Carburetor Dung, Bad Religion, etc.

contact/information:

Tuesday, 1 July 2014

MINUS "Anger Arise Year 2014" DOUBLE TAPE



OUT NOW!! MINUS "Anger Arise Year 2014" Limited Edition Double Cassette. Lion City Hardcore Punx Legend MINUS, out with new stuff. Combination with their new EP "Give My Freedom" and their Discography 1992-2000 now out in one packaging. Co-release by Blood Of War Records and Broken Noise Records. Contact this label before late. Up The Punx!! Get further information from bloodofwar_records@yahoo.co.uk or ladingsatu@gmail.com.