Thursday 20 March 2014

Interview: PSYCHOTIC SUFFERANCE


PSYCHOTIC SUFFERANCE dari Seremban, Negeri Sembilan ini tetap setia dengan muzik mereka Noise Grindcore sejak lebih 15 tahun yang lalu. Mereka ditubuhkan pada tahun 1998. Di bawah talipinggang mereka, telah begitu banyak rilisan dikeluarkan; demo/rehearsal, EP, full-length CD, Tapes, compilation dan mereka begitu banyak juga tampil dengan rilisan berupa splits. Mereka mencipta hubungan yang baik dengan banyak band-band dan label luar. Dalam interview ini kita bersama pengasas PxSx iaitu Amir Fadli..

1. PSYCHOTIC SUFFERANCE (PxSx) bermula sejak 1998 dan selepas 15 tahun masih kekal dengan Raw Noise Grindcore! Apa rahsianya?
Rasanya tiada rahsia yang spesifik dalam PxSx ni.. semuanya bermula dengan minat, kerjakeras, konsistensi dalam melakukan sesuatu dan yang paling penting adalah displin.. tanpa perkara2 yang saya nyatakan tadi.. bukan sahaja kita mampu kekalkan band selama 15 tahun, malahan ianya adalah resepi yang sangat baik untuk terus berdaya saing dalam kehidupan, masyarakat dan karier. Kalau takder disiplin, keluarga pun boleh hancur, betulkan?.


2. Mungkin anda lebih mengetahui akan evolusi dalam muzik Grindcore ciptaan PxSx. Bagaimana anda melihat ianya berkembang?
Secara jujurnya saya nyatakan saya tidak nampak muzik grindcore PxSx ni berevolusi atau pun berkembang, kerana.. apa yang saya rasakan ialah kami menggunakan kaedah yang sama sahaja dalam pembikinan lagu, recording, arrangement dan lain-lain perkara. Kalau ada terdapat perubahan atau evolusi sekali pun mungkin kami tak sedari.

3. Ada perubahan tentang inspirasi atau rujukan muzik Grindcore pada hari ini berbanding sewaktu mula-mula PxSx ditubuhkan?
Rujukan dari dulu sampai sekarang sudah semestinya Napalm Death, Anal Cunt, Gore Beyond Necropsy, Siege, Merzbow, Government Alpha, Xerxes, Budgie, Xome, Carcass, Larm, C.S.S.O, Catasexual Urge Motivation, PTAO, Ratos De Parao, Gut, Mesonna, Demisor, Impiety, Sweet Charity, Kembara, Exhumed.. sekarang ni kami banyak mendengar stuff dari Sleep, Bunga Hitam, Tilu, Akta Angkasa, Mono, Acid Mother Temples, Noise Ago go, perubahan inspirasi tu takder la sangat pun, nak merujuk pun kami dah malas, senang cerita la, kehidupan kami terlampau sibuk, so banyak lagi benda lain nak pikir..


4. Rasanya PxSx melalui pelbagai fasa pertukaran line-up.. bagaimana dengan kedudukan line-up yang ada sekarang dan anda semua selesa dan serasi?
Pertukaran line-up dalam PxSx adalah perkara biasa bukanya big deal pun, dari dulu lagi kami semua telah lama berkenalan, jadi bila dah lama kenal tu masing-masing dah serasi, nak bertengkar pun dah takder point yang besar pun, nak bermasam muka ke, nak timbul rasa tak puas hati ke dah takder,maklum la masing-masing dah besar panjang, berkeluarga dan berkarier, hal-hal remeh dalam band boleh diselesaikan dengan berhibur dan bergelak ketawa di pub sahaja. Lagi pun kebelakangan ni saya tidak melihat PxSx sebagai sebuah band lagi dah, apa yang saya lihat PxSx adalah sebuah keluarga yang ‘besar’. Dan kami harap anak-anak kami nanti boleh melihat apa yang kami buat pada hari ini adalah satu pemahaman dalam sebuah konsep keharmonian kekeluargaan.

5. PxSx sejak akhir-akhir ini begitu gemar keluar dengan rilisan berbentuk split.. apakah keseronokan di sebalik rilisan-rilisan split ini?
Bercakap megenai buat split ni, keseronokannya amat banyak, antaranya kita dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan lebih effisien, baik antara band yang terlibat dalam split tu mahu pun pihak label yang nak riliskan split tu. Secara tak langsung wujud hubungan baik dan juga persahabat diantara dua pihak. Selain itu, disebalik setiap split yang released tu ada cerita nya tersendiri baink antara band mahu pun label itu sendiri. Buat split ni juga tak terbatas kepada sesame genre sahaja, bole buat dengan genre yang berlainan mengikut persetujuan pihak-pihak yang terlibat.


6. PxSx pernah melahirkan album penuh bukan? Cuba ceritakan tentangnya!
Yer ada, pertamanya full length kami yang berjudul “Noise Grindcore” yang di keluarkan oleh Going Postal Records (US), yang keduanya berjudul “The World Strangulation” yang dikeluarkan oleh Subliminal Recordings, yang ketiganya berjudul “Media Forcefuck To Your Mind” yang dikeluarkan oleh DIY NOISE dan yang keempatnya berjudul “Mind Numbing Bastard Always Get Kill” yang dikeluarkan oleh Deathattack Magazine, Perennial Music dan Mad Squeege Printworx.. Apa yang saya ingin kongsi dan ceritakan disini adalah full Lenght yang keempat itu adalah hasil kerjasama erat antara PxSx dengan magazine editor, organizer gig dan juga kedai printing, tiada langsung keterlibatan record label dalam urusan released full length album itu. Disitu saya belajar bahawa sagala urusan pengluaran boleh dilakukan tanpa keterlibatan label, selagi kita semua mempunyai semangat stia kawan, jujur dalam segala urusan dan kerjasama yang erat itu sudah memadai dan ternyata ianya berjaya.

7. 15 tahun men-grinding! PxSx begitu banyak rilisan di bawah diskografinya.. cuba anda senaraikan hanya 10 rilisan yang dianggap most essential kepada PxSx itu sendiri?
01- 6 way split “TOO RAW TO GRIND” Cd released by Grindlover Production (Indonesia)
02- PxSx split w/ Melanucetus Murrayi. 7” vinyl released by Grindblock Records, SAORS.
03- PxSx split w/ Carcass Grinder. Tape released by Paladdin Shitheads Tapes and shits.
04- PxSx split w/ Exacerbacion. 7” vinyl released by Slaughterhouse Records, NHDIYRECS, Underground Pollution Records.
05- PxSx split w/ Sete Star Sept. Tape released by Blastwork Records (Japan)
06- PxSx split w/ Ekunhasshasstak. 7” vinyl released by Stockroom Records (France)
07- PxSx split w/ Gorgonized Dorks. 3” cd (THC and DIY Records)
08- PxSx split w/ Insomania Isterica. Tape (Crushing Cassette)
09- PxSx split w/ Dental Work, Faction Disaster, Pigto. 4 way split (Placenta Recordings)
10- PxSx split w/ Cum Sock. 7” lathe-cut (Nuclear Alcoholocaust Records, Narcotica Distro, Dead Legs Akimbo, NHDIYRECS)


8. Apa penumpuan terhadap penulisan dan isi-kandungan lirik-lirik PxSx?
Segala lirik dan idea bagi PxSx adalah hasil penulisan Anep Rizuan dan Alep Burgerbyte pasalnya dia duaorang ni mempunyai pemikiran yang kritis, sarcasm dan lebih kepada permerhatian terhadap konsep masyarakat dan kehidupan.Mereka ni dah merantau lebih jauh dari saya, jadi segala pemerhatian dan paperwork yang mereka lalui itu diolah dalam lirik-lirik PxSx. Pernah jugak saya terfikir untuk publishkan lirik-lirik tu, tapi lepas kena sound dengan pihak berkuasa satu masa dulu, dah malas malas la nak bikin. Buat masa sekarang ni pun Anep masih lagi membantu dalam segi penulisan lirik dan idea.

9. Di mana letaknya kelebihan PxSx dalam scene Grindcore tempatan?
Apa yang saya tahu, PxSx tiada apa-apa kelebihan pun dalam scene grindcore tempatan atau mana-mana scene pun..PxSx adalah sebuah band yang kecil, dari sebuah Bandar yang kecil, masih baru dan masih belajar dengan lebih lagi. Mana-mana scene atau mana-mana gig pun kami boleh join takder hal punya la. Yang penting kita semua berkawan baik, cukuplah..


10. Bagaimana dengan gig disertai PxSx dan apakah keghairahannya??
Keghairahan main gig ni adalah samada yang di atas stage mahu pun yang berada di moshpit semuanya berpesta, have fun ramai-ramai, buat apa yang kita enjoy nak buat, buat kawan baru, jumpa kawan lama, check out stuff baru, dapat jalan-jalan kat tempat orang.

11. Luahkan apa yang anda suka dan tidak suka dengan dunia dan kehidupan ini?
Apa yang saya suka mengenai kehidupan ni adalah berniaga,dengan berniaga kita boleh membantu, memajukan dan mendidik masyarakat, dapat mengeratkan uhkwah dan keluarga. Selain itu, saya amat suka suasana kampung, pantai, mandi sungai, sambal belacan....etc.. Apa yang saya benci adalah sikap sesetengah orang dalam scene underground ni yang bajet bagus, bajet elite ( tapi tak la se elite mana pun.), jadi righteous pigs, jadi police scene, dan segala perkara-perkara buruk seperti mereka yang mengekploitasi kanak-kanak, perang, rasuah, pecah amanah, manusia yang menganiaya kucing, ....etc


12. Apa plan PxSx untuk masa akan datang??
Plan kami untuk masa akan datang banyak antaranya nak main gig lagi, nak buat split lagi (ada 2 split dalam format 7” vinyl, 1 split dalam format 12” vinyl dan 3 split dalam bentuk tape) , nak join compilation lagi, berhenti kerja makan gaji, berniaga, bukak kolam mancing, dok kampong layan kebun buah, bukak bengkel 4X4, bukak kedai cake untuk wife masing-masing dan macam-macam lagi la.

13. Ini sahaja interview ringkas dari kami.. lontarkan kata-kata terakhir PxSx.
Terima kasih boss, atas interview yang best ni, semoga berjaya dalam segala yang diusahakan, kepada pembaca yang budiman, terima kasih meluangkan masa anda membaca interview ni, kalau ada sebarang statement yang menyinggung perasaan dalam interview ni kami mohon maaf..terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang menyokong kami dari dulu sampai sekarang, yang membantu kami dari segi fizikal, material, dan spiritual. Terima kasih. Segala persahabatan disambut dengan disambut dengan hati yang terbuka.band atau label yang mau bikin split contact jer kami... contact kami di: sickscreen_p@yahoo.com. Boleh juga check out page kami di facebook, myspace, reverbnation, youtube,...dan lain-lain...

No comments:

Post a Comment