Thursday 20 March 2014

Interview: NAKED WEAPON


NAKED WEAPON yang kini terdiri daripada Pudin Pinkosos - vokal / Mohd Fizreey - gitar / Apeng Arrogant - bass / Ika - dram ditubuhkan sekitar 2009 di Mentakab, Pahang. Tahun sudah (2013) mereka meriliskan “No Longer Fear” Demo Tape 2013 melalui Foxhole Records. NAKED WEAPON mempunyai perjalanan band, perancangan dan bermacam pendapat yang menarik untuk dikongsi. Temubual berikut mendapat respon dari saudara Apeng. Silakan membaca..

(1) NAKED WEAPON – Apakah kaitannya nama ini kepada band secara umum; dari sudut muzik dan lirik? Pernah gunakan nama lain sebelum itu?
Nama “NAKED WEAPON” ni sebenarnya idea dari Apeng selaku bassist. Secara umum dan teknikal mungkin nama ini ada sedikit terpengaruh dengan influence band utama kami iaitu “ABC WEAPON”.. Dari sudut muzik atau lirik juga ada berkait kerana kami membawa genre melodic d-beat crust dan lirik kebanyakannya berunsurkan war, peace, resist and freedom.. Pada awal band ditubuhkan dan untuk show pertama kali di Temerloh, band kami dikenali dengan nama “Guerilla” idea dari “PALOH - ROTGUT” disebabkan last minute dan takda idea dan masa nak fikir nama band, hambar…

(2) Bila dan bagaimana NAKED WEAPON ditubuhkan? Bagaimana anda melihat kemajuan band ini sekarang berbanding ketika mula-mula dibentuk?
“NAKED WEAPON” ditubuhkan pada 2009 seiring dengan band setempat iaitu “GSW”.. Line up awal NW sebenarnya 4 orang iaitu Ayin - drummer, Jiji - guitar & vox, Anas - 2nd guitar, Pudin - bass.. kemudian Apeng diserap masuk bagi posisi bass dan Pudin keluar band untuk beri focus pada GSW. Dari 2009 hingga 2012 NW hanya 4 orang tanpa ada free vocal. Pada 2013 Ayin dan Anas keluar band dan digantikan dengan Ika drummer “Soul Savour”. Kemudian Pudin kembali join NW selaku free vocal. Jadi NW sekarang cuma 4 orang dan line up ini juga yang rilis Demo dan bertahan sehingga sekarang.


(3) Boleh perjelaskan tentang stail muzik bawaan NAKED WEAPON? Pengolahan muzik berpandukan band-band seperti apa?
Pada awal band ditubuhkan, genre bawaan kami ialah melodic crust d-beat... Influence utama bagi pengolahan muzik kami berpandukan pada band-band crust d-beat seperti ABC WEAPON, TRAGEDY, DISCHARGE, CLUSTER BOMB UNIT, KONTRASOSIAL, DISCLOSE, DEFEAT… kemudian kami berubah ke arah HEAVYLOWFASTSLOWDARK HARDCORE tetapi masih mengekalkan rentak melodic d-beat.. Influence utama kami pada masa ini ialah band-band seperti ALPINIST, WOLFBRIGADE, HIS HERO IS GONE, FOE, MASAKARI, ICTUS, SCHIFOSI, COP ON FIRE, JUNGBLUTH, FROM ASHES RISE dan banyak lagi..

(4) Ceritakan segalanya tentang rakaman, kandungan dan pasaran “No Longer Fear” Demo Tape 2013? Tiada perancangan untuk dikeluarkan dalam format CD?
Untuk Demo “No Longer Fear” kami record di Laguna Studio dengan bantuan dan guide dari Tom Bollocks. 5 lagu kami record dan semuanya Tom Bollocks yang master & mixing. Untuk pasaran kami dibawah label Foxhole Records yang diurus oleh Dean Ttine. Untuk demo kami memang dah sepakat dengan label nak rilis tape tapi untuk rilisan akan datang mungkin ada dalam format CD dan sebagainya.


(5) No Longer Fear – dalam bahasa mungkin membawa makna “Tiada Lagi Ketakutan”. Apa sebenarnya maksud di sebalik judul tersebut dan pengertiannya kepada tema keseluruhan demotape tersebut?
“NO LONGER FEAR” membawa makna yang agak besar bagi kami selepas selesai record and release demo yang pertama, ini kerana selama 4 tahun kami hanya join gig tanpa ada sebarang materials untuk dikongsi bersama rakan rakan scene. Kesemua 5 lagu dalam demo ini adalah lagu baru yang kami cipta pada tahun 2012. Lagu-lagu NW tahun sebelumnya semua dah lupa sebab dah lama tak practice… hambar… Jadi bila dah ada demo ni kami rasa agak senang hati dan beranilah bila nak join gig besar atau kecil seiring dengan band-band besar yang dah lama dan lebih dulu makan garam dari kami yang hanya baru nak bermula ni. Seperti yang kita sedia maklum, DEMO ni penting bagi sesebuah band kerana dengan adanya Demo akan mendapat lebih perhatian dan respect dari rakan rakan scene. Kalau buat lagu sedap gila perform tight dan power nak mampos selama bertahun tahun tapi lansung takde materials pon tak guna jugak ye dak..bak kata orang lama-lama dalam scene… hehe!

(6) Pernah ada rilisan lain sebelum “No Longer Fear”? Apa pula rancangan untuk rilisan-rilisan akan datang?
Sebelum Demo kami ada rilis REHEARSAL dalam format CD-R pada 2011 ketika join gig Jembalang Punk di The Wall Batu Pahat. Perancangan akan datang memang ada dan masih dalam proses seperti split dan sebagainya.


(7)  NAKED WEAPON begitu banyak terlibat dengan gig. Apakah keseronokan bermain gig atau membuat persembahan live?
Okay sebenarnya keseronokan bermain gig atau live show ni terlalu general dan besar kalau nak diterjemahkan. Bagi kami bila main DIY gig/live show ni yang penting semua have fun, puas hati dan FUCK OFF! pada berok-berok yang buat teruk mengganggu crowd dan band nak berhibur. SIMPLE AS THAT.

(8) Bagaimana keadaan scene Hardcore/Punk/Crust di Mentakab, Pahang ketika ini?
Scene hardcore/punk di mentakab ni macam biasa je dari tahun ke tahun. Tak banyak belia yang join scene ni. Dari segi band pon tak berapa nak banyak, yang ada pon cuma 2,3 band saja. Show pon makin kurang sebab sewa space di sini terlalu mahal. Lagipon kebanyakan belia yang join scene ni duduk di luar kawasan kerana bekerja, jadi bila cuti je diorang balik dan berkumpul. Scene hardcore/punk disini memang akan terus hidup cuma minoriti lah.hehe!

(9) Nota terakhir penutup interview ini?
Pertama kali jawab interview zine ni lain macam rasa dia. Haha. Apapun kami mintak maaflah kalau jawapan yang diberikan tidak cukup atau salah informasi. Terima kasih kepada brader editor kerana sudi interview kami. Akhir kata “IN CRUST WE TRUST!”.

No comments:

Post a Comment