PENGUASA ANJING menamakan muzik mereka sebagai Anjingcore dan mereka berasal dari Inanam/Penampang, Sabah. Dianggotai oleh dua anak muda dan anak tua yang tidak hensem tetapi mempesonakan persis pelakon sinetron yang keboringan kerana janji busuk dan politik sabun yang merapu dan mengampu oleh pihak berkuasa telah membawa kepada penubuhan band bangsat yang di panggil PENGUASA ANJING diasaskan oleh Benny Pangazou (ex-bassist Disboikot) di posisi gitar dan vokal dan dibantu oleh Arnold (Mafia) di posisi drum.
Kedua-dua mereka inilah yang menyumbangkan bakat dalam menghidupkan band merapu dan mengarut ini. Genre yang terlalu bercampur-aduk menjadikan genre mereka di panggil ANJINGCORE! Persembahan mereka yang pertama adalah bersempena dengan Nine Eleven Asia Tour di Kuching, Sarawak dan pada masa itu juga secara tidak sengaja maka terhasilnya Demo Live Penguasa Anjing 2012 untk edaran kawan-kawan di Kuching pada masa itu dan akan menyusul selepas ini EP ke-3 mereka selepas releasenya EP pertama "Bangsat Durjana" dan EP ke-2 "Kisah Si Anjing Kurap". Tunggu sahaja kemunculannya!
2012 Release:
Penguasa Anjing - Live Demo 2012
2013 Release:
Penguasa Anjing - Bangsat Durjana EP CD 2013
Penguasa Anjing/Jerit/Night Still Young - Nyanyian Untuk Si Durjana 3-Way Split CD
Penguasa Anjing - Promo CD 2013
Penguasa Anjing/Tarantulah/Strengh Enemy - Kemusnahan Sejagat 3-Way Split CD
Penguasa Anjing/Naked 87 - Split CD
Freedom Punker Volume 11 - Free Download
Penguasa Anjing - Kisah Si Anjing Kurap 2nd EP
mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
twitter.com/bennypangazou
facebook.com/pages/Penguasa-anjing-dare-to-say-no/455136474528847
reverbnation.com/penguasanjing
No comments:
Post a Comment