Monday 16 October 2017

Interview: A LOT LIKE TURD


We play catchy, all over the place, yet easy listening as fuck songs. At least that’s what we think. We don’t really know how to play any musical instrument so we might actually sound like turd. – ungkapan ini dicatat pada pengenalan A LOT LIKE TURD di facebook mereka. Band yang dibarisi oleh Shidi Basri (vokal), Ameer Reza (dram), Iqmal Zolkefli (gitar), Farhan Abbas (gitar) dan Khairul Sabirin (bass) ini gemar mencampur-adukkan pelbagai genre; hardcore, thrash, rock & roll, punk dan sebagainya, dan mereka muzik mereka kedengaran amat chaos!! A Lot Like Turd baru-baru ini telah mengeluarkan rilisan ketiga mereka, “Self-Titled” dalam format tape pada 14 Oktober 2017 (sempena Cassette Store Day). Ikuti temubual bersama A Lot Like Turd untuk selanjutnya mengenai band ini.

Hello. Soalan pertama aku nak tanya apa yang dimaksudkan dengan nama band A Lot Like Turd tu?
Nama diberi oleh Ameer (drummer) sebab dia pandai dan kreatif di antara kami berlima, maksud nama band dalam bahasa “sebiji macam taik” nak diikutkan, kami main music pun macam taik. Tiada kelulusan atau kelas main music dan music pilihan kami pun bukan pada semua yang boleh menerimanya, sebab itu kami memilih nama itu.

Cerita ringkas tentang sejarah dan motif penubuhan band ni dan siapa line-up sekarang?
Pada tahun 2008 Shidi dan Ameer dalam UITM Perlis yang sama, mereka mendengar band dan genre yang sama pada ketika itu. Terdetik fikiran Shidi dan Ameer untuk buat satu band yang sama macam Heavy Heavy Low Low, setelah habis diploma 2010, Ameer dan Shidi decide untuk memanggil kawan Ameer iaitu Iqmal selaku guitarist The Sputnik ketika itu untuk menjadi bermain guitar A Lot Like Turd, setelah dua lagu dah siap (Shark Eat Shark More Shark dan Flashing Something Big) kiteorg pergi recording di Melaka, habis recording lepak minum di Alor Gajah, kebetulan Birin pun lepak sekali, alang-alang Birin ada kiteorg pun ajak dia untuk bermain bass. Setelah sekian lama lagu pun jadi banyak tapi kami tidak berpuas hati dengan bunyi yang hanya ada satu gitar sahaja, kebetulan juga, Paan baru berjinak-jinak dengan music hardcore ketika itu, Shidi pun mempelawa dia untuk menjadi guitarist yang kedua A Lot Like Turd. Kami tetap bersama dari 2010 sehingga sekarang tidak pernah tukar line-up.

Boleh jelaskan definasi terbaik untuk jenis muzik A Lot Like Turd dan contoh band-band yang banyak mempengaruhi penulisan lagu korang?
Kiteorg sendiri pun tak tahu kami ini dikategori genre yang mana, haha, tapi yang terbaik yang kami boleh bagi contoh Ialah Heavy Heavy Low Low, The Chariot, The Blood Brothers, dan kebanyakannya band-band dari label Three One G Records punya band, kiteorg buat lagu berdasarkan apa yang kami suka main dan dengar dan ia lebih kepada hardcore.

Setakat ni apa yang ALLT dah keluarkan? Bagi list diskografi korang.
6 Oktober 2012 – Colours Of Retardation EP (7 songs)
28 Februari 2015 – Disco Disco EP (6 songs)
14 Oktober 2017 – Alotliketurd / Self-titled (13 songs)


Apa agaknya tarikan utama produk terbaru korang tape “S/T” tu?
Tiada tarikan utama sebenarnya, tapi kami lebih menunjukkan A Lot Like Turd lebih serius dalam penulisannya, ada beberapa riff dan counting  kami tukar, dan seperti yang kami beritahu tadi, kami suka main dan dengar.

Apa persiapan yang telah ALLT lalui untuk keluarkan material tersebut (s/t tape)?
Kami record di Iseekmusic di Damansara, padahal kami berada di Seremban, setiap kali kami nak record kami perlu pergi ke sana, ia mengambil masa, tenaga dan duit untuk ke sana. Itu sahaja la persiapan yang kami buat, mental.. Shidi habis kerja selalunya pada pukul 12 malam, so dari 12 malam terus gerak ke Damansara, habis recording selalunya dalam pukul 4 atau 5 pagi, dan balik terus ke Seremban tiba pada pukul 7 pagi. Ia bukan mudah untuk kami.

Macamana boleh dapat kerjasama label Utarid Tapes dan Terr-Records untuk release tape tu?
Kami kenal taukey tu, dan kami rasa kami perlukan support dari mereka, kami pun buat proposal, dan akhirnya lulus. Haha!

Lirik lagu-lagu korang cakap pasal apa?
Kiteorg buat lirik tiada kena-mengena pada individu yang hidup atau mati, tiada kena-mengena pada politik dan isu semasa. Kami buat lirik berdasarkan fantasi, hentam keromo, paling tepat sekali ialah tangkap muat untuk menyedapkan lagu sahaja.


Korang ada rancangan untuk buat tour atau main gig mana-mana untuk promosi stuff baru korang ni?
Masih dalam perancangan, buat masa ni, tiada update apa-apa dahulu hanya rancang sahaja, masing-masing sibuk dengan hal keluarga, kerja dan masa.

Bagi pendapat sikit tentang scene muzik d.i.y kat negara kita ni?
Music d.i.y Malaysia sangat bagus-bagus, kreatif lain dari yang lain. Kami amat gemarkannya. Banyak pendedahan di luar negara, kami cukup bangga, kalau boleh kami pun nak macam mereka juga, tapi kami tak cukup power seperti mereka yang lain.

Last words lah kalau ada? Terima kasih.
Terima kasih pada Trashnoiser dari blogzine NOISE FROM HELL sudi interview kami, terima kasih pada kawan-kawan sentiasa memberi support dari awal penubuhan kami sampai sekarang. Kalau ada apa yang nak bertanya lagi kepada kami, sila la bertanya di facebook, terima kasih banyak-banyak.


No comments:

Post a Comment