Friday 19 October 2018

Interview: OVERHÄUL


Rocking! Nasty! Metal! and Punk! OVERHÄUL release debut demo “Rock n Roll Fuel” sekitar Disember 2017, dalam format cassette-tape oleh Basement Records. Kemudian Warfare Records dari Indonesia juga ada keluarkan demo-tape tersebut untuk pasaran negara berkenaan. “Rock n Roll Fuel” ada 5 tracks termasuk intro; muzik dirty, rocking, speed metalpunk padu! – Temubual oleh Trashnoiser (18.10.2018)

Hello Overhäul. Perkenalkan tentang band ni dan line-up?
Hello. Overhäul from Shah Alam here! Dianggotai oleh 3 orang iaitu Kerry on guitar/vox, Faiz on bass and Remie on drum. We play metalpunk!!

Amacam sambutan orang terhadap demo Rock n Roll Fuel?
Sambutannya sangat menggalakkan dan kami amat berterima kasih di atas segala sokongan dan sambutan. Ramai yang bagi feedback yang baik serta share link bandcamp serta youtube kami dan juga membeli tape demo tersebut dan itu membuatkan kami semangat untuk buat lebih baik di masa akan datang. Terima kasih sekali lagi atas sokongan! 

Apa description muzik Overhäul dan influence terbesar kauorang?
Metalpunk! attitude dan musik... Big influence adalah seperti GATES dan INEPSY.

Rujuk pada demo tu kauorang puashati tak dengan kualiti rakaman?
Dari segi rakaman sangat berpuashati cuma semasa transfer ke kaset ada sedikit noise disebabkan kilang dan ianya berbeza dari sound asal... tapi kami memang berpuashati kerja ‘filthgrindz work’ yang banyak membantu semasa rekoding serta mixing yang sangat kami suka hasilnya. Maybe soon akan dirilis kembali dalam bentuk cd demo tu... apapun tunggu.


Kenapa kuning jadi pilihan untuk warna coversleeve kaset demo tu?
Eyecatching... dan attraction! of course AtomicRoar dari Brazil dah buat dulu dan aku buat sebab aku suka dan ia sangat membantu. Ada sesstengah band muziknya bagus tapi jika artworknya gagal ia sangat tidak membantu band.

Apa cerita Indonesia Edition bawah Warfare Records?
Kami beri dia kebenaran untuk rilis kembali di bawah labelnya untuk pasaran Indonesia... dan ianya sangat terhad. Itu semua untuk tujuan promosi. Pernah juga satu label Mexico kata mahu rilis cd tapi senyap akhirnya... dan maybe Basement interested untuk cd version tu.

Dah ada plan untuk masuk recording studio & release material baru?
Kami dah ada beberapa lagu untuk project seterusnya bersama Basement Records KL... dan kami akan masuk studio selepas studio Gagak Hitam di Kajang selesai proses renovation... kami selesa di sama. Next project adalah full 7” EP.

Overhäul ni band sub-project ke? Atomicdeath apa cerita?
I can say that Overhaul adalah project studio sahaja. Sehingga kini kami masih belum ada live show lagi and maybe lepas 7” rilis kami akan cuba perform... maaf kepada semua kawan-kawan yang tak henti-henti menjemput untuk live show. Atomicdeath sedang giat berlatih untuk rakaman album pertama yang harapnya akan rilis tahun hadapan. Semoga lancar.

Lima band/album yang kauorang kerap dengar buat masa ni?
– Mandragora “Waves of Steel” (heavy metal from Peru)
– Exothermix “Reaction” (thrash metal from Malaysia)
– Necrot “Blood Offering” (death metal from US)
– Tasyim EP (black/death from Malaysia)
– Motörhead “Motorizer”

Last words?
Terima kasih pada kamu sudi interview kami... teruskan usaha buat zine ni. Kepada yang menyokong kami thanks banyak-banyak dan kami hargai sokongan anda semua. Teruskan menyokong local band serta band-band yang baru dari mana sahaja asalnya. Jangan takut untuk mencuba dengar sesuatu yang baru. Jaga diri dan jaga kesihatan!

overhaulmetalpunk.bandcamp.com

*Interviewed for zine MY OWN MIND #2

1 comment:

  1. The Lucky Club Lucky Club Casino Site - Lucky Club
    This site is for gambling, not for fun! The Lucky Club Lucky Club is an online luckyclub casino. It is a non-profit online gaming group.

    ReplyDelete