Wednesday, 18 February 2015

Interview: LANGGAR LARI


LANGGAR LARI diasaskan di Bahau, Negeri Sembilan kira-kira 10 tahun yang lalu. Tetap setia dengan aliran Thrashcore, LANGGAR LARI pada hari ini dianggotai oleh Am (vokal), Topex (gitar) dan Cdoth (dram). Setakat ini mereka telah mengeluarkan sebuah demo dan beberapa rilisan split. Selain itu, mereka begitu aktif beraksi di sirkit-sirkit gig tempatan. Berikut sebuah temubual ringkas bersama LANGGAR LARI.

1. Langgar Lari ni bila & dimana ia ditubuhkan? Apa yang korang maksudkan dengan nama band Langgar Lari tu?
Langgar Lari ditubuhkan pada sekitar tahun 2005 dan kesemua line-up masa tu berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Nama Langgar Lari ni masa tu kita ambil sebab nak menggambarkan kelajuan. Muzik yang kami main laju jadi kononnya nak sesuaikan lah nama band tu.

2. Cuba terangkan sikit apa bentuk muzik korang ni? Band yang camner atau benda apa yang jadi sumber inspirasi Langgar Lari dalam menulis lagu & lirik?
Langgar Lari bermain muzik thrashcore/fastcore. Masa awal penubuhan band ni kami banyak terpengaruh dengan band-band macam Charles Bronson, Spazz, Anjing Tanah, Domestik Doktrin, Suara Anak Muda, JeritanxSepi dan band-band yang bermain muzik fastcore. Lirik biasanya kita akan buat berdasarkan hal ehwal dunia semasa atau benda-benda berkaitan kemanusiaan kehidupan dan diri sendiri.


3. Apa material yang korang dah keluarkan setakat ni? Bagaimana penerimaan atau respon mereka yang dah dengar stuff korang?
Langgar Lari setakat ini dah release:
▪ Demo 2005 cdr
▪ 3 way split cdr (Mynightville, Ghost On Sunset War Party)
▪ 4 way split pro cd (YAD, Abnormal Physiology, Kick Enemy)
▪ 2 way split cassette (SMG)
So far kesemua release dapat dijual dan diterima rakan-rakan yang berkongsi minat dengan kami. 

4. Band ni dah banyak main gig sana-sini. Camner korang lihat pentingnya gig kepada Langgar Lari? Ok, apa gigs paling best dan diingati?
Ya betul kita dah banyak bermain gig sana sini sepanjang hampir 10 tahun ni. Gig ni sebenarnya platform atau medium untuk kami jumpa kawan-kawan dan kongsi keseronokan dengan muzik yang kita minat. Dengan gig ni juga kita dapat tengok scene yang di luar kawasan kita dan tambahkan lagi kawan-kawan. Selain dapat berkongsi idea-idea baru. Gig paling diingati sampai hari ni adalah gig Domestik Doktrin tour di Johor Bahru sekitar tahun 2005. Bukan saja sebab gig tu yang meriah, tapi sebab perjalanan dan macam mana kita survive untuk menjayakan gig tu. 


5. Nak tanya sikit pendapat kau la tentang scene punk/hardcore/crust/thrash kat Malaysia ni? Apa lebih dan kurangnya dengan scene lokal yang kita ada sekarang?
Scene hardcore punk lokal sekarang ok. Semakin rancak dengan banyak band-band yang hebat, rilisan-rilisan yang mantap dan banyak band-band tour datang.

6. Abis dah ni. End up la interview ni dgn whatever yang korang nak cakap?
Akhir kata dari kami, terima kasih kerana sudi interview dan nantikan rilisan terbaru kami akan datang. Jumpa anda semua di gig-gig berdekatan. Keep up the punx! 

– Langgar Lari 2015. 

No comments:

Post a Comment