KURASAKUASA adalah sebuah kuasa Grindcore dari Kuching, Sarawak dan kuasanya boleh korang rasai jika korang segera membeli dan mendengar release terbaru mereka “Conspiracy Shapes Life” yang dikeluarkan pada 10 April 2014. KURASAKUASA ditubuhkan pada Mac 2003 dan selepas banyak kali bertukar ahli, line-up terkini terdiri daripada Haizan (dram), Roy (gitar), Mamat (bass) dan Kobi (vokal). Tanpa berlengah, kita bersama Haizan dalam sebuah temubual.
[01] Hello! Bila, dimana dan bagaimana bermulanya KURASAKUASA? Siapakah line-up band ini sekarang?
hello, saya haizan menjawab soalan anda di sini.. kurasakuasa ni bermula pada tahun 2003 ketika itu kami selalu jammin2 di kuching plaza.. daripada selalu jamming2 dan terlalu meminati musick grind maka berjalanlah band ini menjadi serius sehingga sekarang.. line up sekarang saya-drum, roy-gitar, mamat-bass dan kobi-penyanyi..
[02] KURASAKUASA menamakan GRINDCORE sebagai muzik mainan band ini. Mengapa memilih Grindore? Apakah band-band besar yang mempengaruhi pembentukan muzik KURASAKUASA?
kami memang meminati muzik yang laju, bising dan pantas (sekejap). jadi sudah semestinya kami buat band grind dan band2 besar yang menjadi ikutan kami adalah seperti NASUM, NAPALM DEATH, UNHOLY GRAVE, RxDxP, PHOBIA, dan band2 lokal yang menjadi idola kami adalah seperti PARKINSON, SMG, MASS SEPARATION, BANZAI606, RECONSTRUCT, DOSA, VORMIT, dan banyak lagi...
[03] KURASAKUASA telah mengeluarkan “Conspiracy Shapes Life” CD dilancarkan pada 10 April 2014. Ceritakan secara asas tentang kandungan CD ini? (Berapa buah lagu? Di mana dirakamkan? Label yang mengeluarkannya?)
di dalam cd ni kami memuatkan 13 buah lagu yang secara keseluruhannya hanya 11 minit lebih sahaja.. rakaman di buat di studio bassis kami sendiri iaitu mattaipei studio yang terletak di kota samarahan. cd ni kami rilis sendiri, dan jual sendiri, jika ada distro2 yang berminat utk menjual cd kami sila hubungi kami ya..
[04] Adakah KURASAKUASA benar-benar mencapai kepuasan dengan apa yang dikeluarkan melalui “Conspiracy Shapes Life” CD 2014 ini? Jika berpeluang untuk diperbaiki, apakah ruang yang anda nampak untuk diperbetulkan?
untuk rilisan kali ini nak kata puas 100% tu tak la tapi dengan budget dan masa yg singkat kami berpuas hati dengan rilisan kali ini dengan apa adanya... hehehe... sebenarnya kami lupa nak letakkan lirik2 lagu kami di dlm cd ni.. sesiapa yang dah membeli cd tu dan nak tau lirik dia hubungi je kami di FB k..
[05] Jika ada orang bertanya kepada KURASAKUASA mengapa mereka perlu mendapatkan dan mendengar “Conspiracy Shapes Life”, apa jawapan yang KURASAKUASA akan berikan?
jawapan kami senang saja, sebab nya cd ni ada 13 lagu dan hanya mengambil masa 11 minit je utk dgr semua lagu dalam tu.. tak banyak mana pun masa anda yang dibuang utk dgr rilisan ni, 11 minit je..hahaha.. satu lagi, kalau lama dah x dengar sound grind awal 90an yg raw, cd ni akan bagi sound yg mcm tu kat korang semua..
[06] Apakah tema atau mesej yang diketengahkan dalam lirik-lirik lagu kali ini (dalam “Conspiracy Shapes Life”)?
mesej yang kami nak ketengahkan dalam rilisan kali ni adalah tentang konspirasi dan propaganda yang dibuat oleh majoriti kerajaan yang mentadbir dunia sekarang, lihat pengaruh kerajaan dalam memanipulasikan media sehingga orang2 seperti kita tertipu dan percaya dengan dongengan mereka kerana setiap hari disuap dengan berita2 palsu dan tak masuk akal.. akhirnya banyak tempat2 yang bergolak seperti syria, mesir, palestine, iraq, afghanistan, myanmar dan banyak lagi negara yang tgh menghadapi kemusnahan tidak dapat pertolongan dunia kerana berita2 palsu lebih di highlight kan dari pada kisah2 yang benar2 terjadi di negara tersebut.. di sini kita dapat melihat kemanusiaan begitu rendah nilainya bagi mereka2 yang hanya mementingkan diri sendiri dan kuasa politik mereka.. dari hal yang sekecil-kecilnya hinggalah hal yang besar seperti perperangan di sesebuah negara.. sedar tak sedar kita hidup dalam konspirasi olahan mereka.. kehidupan kita sekarang adalah kehidupan yang penuh dengan fitnah, konspirasi dan propaganda orang2 politik yang gila kuasa dan mementingkan diri sendiri..
[07] Sebelum “Conspiracy Shapes Life” CD 2014, apakah release-release lain yang pernah dikeluarkan KURASAKUASA sebelum ini? Ceritakan / senaraikan discography KURASAKUASA.
- oh-yeah "demo 2003"
- kurasakuasa/durjana84 split 2004
- marching spree "promo 2007"
- you choose to die "demo 2011"
[08] KURASAKUASA turut terlibat dalam gig STRAIGHT TO YOUR FACE ROUND 5 pada 10 April 2014. Adakah anda melihat gig ini berjaya? Apakah menyertai gig itu penting bagi sesebuah band? Berikan pendapat anda.
bagi kami gig STYF round 5 kali ini berjaya dan kami sangat terhibur dengan aktiviti2 begini..bagi kami menyertai gig itu adalah penting kerana di gig lah tempat utk kita memperkenalkan lagu lagu kita dan mengekspresikan karya2 di dalam muzik kita sambil menemui pendengar2 baru dan meluaskan persahabatan kita.. itulah yang positifnya menyertai gig..
[09] Saya ingin tahu apakah pengertian sebenar disebalik nama band KURASAKUASA?
pengertian sebenar disebalik nama band ni terpulanglah kepada anda sendiri kerana asal nama band ini adalah dari vokalis asal kami line up 2003 dahulu iaitu ajis, menurut ajis dia memberikan nama band ni kurasakuasa kerana melihat satu lukisan sebuah kerusi yang bertajuk kurasakuasa ketika dia di kolej nya dahulu.. itu saja..
[10] Kata-kata terakhir KURASAKUASA untuk diabadikan dalam temubual ini?
seperti biasa kami mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana terfikir dan sudi menemubual band grindcore yang tak sehebat mana ni..hahahaha... untuk yang di luar sana teruskan lah perjuangan hidup dan sama2 kita bangkit untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian yang telah lama dirampas oleh anjing2 politik.. sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment