Thursday, 13 February 2014

Interview: TARANTULAH


Tarantulah secara ringkasnya ditubuhkan sekitar tahun 2007 di Kuala Lumpur yang mana ianya di anggotai 3 orang pemuda yang selekeh iaitu Man Rabaxx (Vocal), Awe Donde (Gitar) dan Silentt Shoutt (Drum) namun ianya hanya dapat direalisasikan pada tahun 2012  dimana proses rakaman demo Tarantulah yang pertama berjudul “Kedamaian Jalan Hitam” bermula. Ini adalah disebabkan oleh komitmen terhadap pelajaran, pekerjaan, faktor tempat tinggal serta pertukaran line up yang silih berganti. Line-up Tarantulah terkini tetap dianggotai 3 orang pemuda yang masih selekeh iaitu Man Rabaxx (Vocal), Rusak Minda (Gitar, Bass, Vocal) dan Silentt Shoutt (Drum, Vocal).


(1) Apakah prinsip yang dipegang atau ideologi yang diterapkan dalam pembentukan dana perjalanan band Tarantulah? Adakah ianya relevan dengan perkembangan semasa muzik underground hari ini?
Tarantulah tiada memegang sebarang prinsip atau ideologi yang tertentu di mana kami berkarya atas kemampuan kendiri dari segi pengetahuan, pembacaan dan faktor-faktor yang berlaku di sekeliling. Dari situ penciptaan lirik akan dinukilan terlebih dahulu dan kemudiannya akan digarapkan sebaik mungkin mengikut acuan melodi Tarantulah. Bagi pendapat kami ianya masih relevan  kerana Tarantulah akan cuba sedaya upaya berpegang teguh pada  konsep D.I.Y dalam berkarya tanpa ada sebarang sekatan dan paksaan.

(2) Anda meletakkan satu imej ‘trademark’ kepada Tarantulah; bertopeng dalam fotografi, muzik yang kedengaran sempoi dan selamba, old-school, lofi dan underrated sound-nya. Apakah ini jalan keluar dari kebiasaan atau lebih kepada membina ego dalam penampilan dan karya-karya Tarantulah?
Imej adalah trademark yang akan Tarantulah cuba kekalkan selagi hayat dikandung badan budi yang baik di kenang jua, hahahaha!. Berkenaan dengan muzik pula Tarantulah akan berevolusi serta bermeditasi secara perlahan-lahan untuk meningkatkan lagi pengetahuan kami yang masih mentah dan tidak seberapa ini melalui proses pembelajaran tentang alat muzik, ilmu mixing dan mastering di mana ianya untuk memantapkan lagi mutu muzik yang akan cuba diterjemahkan oleh Tarantulah.

(3) Moderate Metal Punk ditulis sebagai label kepada muzik Tarantulah – Apakah asas pembentukan muzik band anda ini, dan bagaimana ia diolah dan diterjemahkan sehingga pada hasil akhirnya ia boleh disebut “the way of” atau Moderate Metal Punk cara Tarantulah?
Moderate Metal Punk lebih merujuk kepada beat lagu dalam sesebuah lagu Tarantulah yang sederhana di mana ianya tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan dengan campuran ramuan-ramuan punk, d-beat, heavy metal, thrash dan lain-lain di dalamnya. Muzik Tarantulah sendiri tidak mementingkan “Blast Beat” dan guitar solo di dalamnya. Ada yang mengatakan ianya seperti crossover tetapi line-up kami lebih selesa melabelkan muzik Tarantulah sebagai moderate metal punk. Macam nilah senang kata riff punk yang diberatkan dan didendangkan tidak terlalu perlahan dan tidak pula terlalu laju dalam erti kata cuba mengajak pendengar secara perlahan-lahan mengangguk-anggukkan kepala bila menghayatinya, hahaha!

(4) Bolehkah dianggapkan Demo “Kedamaian Jalan Hitam” sebagai lonjakan utama band Tarantulah membina dan mengembangkan namanya? Ianya bukan sahaja diulang rilis secara fizikal beberapa kali tetapi juga disebar meluas secara digital percuma melalui netlabel / laman free download. Apakah kekuatan demo ini sebenarnya?
Bagi kami demo “Kedamaian Jalan Hitam” adalah titik permulaan perjalanan band Tarantulah yang masih jauh dan kerdil ini di mana kami cuba menyampaikan lirik–lirik (disertakan dalam fizikal copy) yang kebanyakkannya straight to the point dengan muzik yang ringkas walaupun mutu sound yang mentah tapi beatnya masih menangkap. Demo ini disebarkan secara meluas oleh kawan-kawan melalui internet dalam dan luar negara kerana line-up kami yang suka bertukar-tukar pendapat/lagu-lagu disamping aktiviti trade. 

3 way split - Tarantulah, Strength Enemy dan Penguasa Anjing
Kemusnahan Sejagat - Headhunter Records

(5) Apa yang menjadi inspirasi kepada penulisan lirik, penyampaian mesej dan gaya nyanyian dalam spesifik Tarantulah?
Ruang lingkup persekitaran yang penuh berwarna-warni, harmoni serta halusinasi ini banyak memberi inspirasi di dalam penghasilan lirik-lirik Tarantulah sama ada secara tersurat mahu pun yang tersirat. Growl / Clean / Scream / Evil Vokil adalah adunan vocal yang kami terapkan dalam Tarantulah dan akan kami kekalkan untuk release-release yang akan datang

(6) Bagaimana dengan kedudukan Tarantulah Promo 2012: Adakah ianya juga berharga kepada latarbelakang Tarantulah atau sekadar suatu pengenalan?
Ianya lebih kepada promo pengenalan kepada kawan-kawan secara percuma yang dicetak sekitar 20 unit sahaja setelah Tarantulah merecord 2 track terawal. Turut juga dihantar kepada beberapa blog muzik melalui email.

(7) Tarantulah telah menghasilkan beberapa material dan rakaman baru dan dijadualkan merilis demo kedua bertajuk “War Brutality”. Ceritakan segalanya tentang “War Brutality” ini; berkaitan gubahan lagu-lagunya, berkenaan proses rakamannya serta jangkaan dan harapan anda kepada demo yang bakal dikeluarkan ini?
War Brutality telah menjalani rakaman sekitar September 2013 sehingga Januari 2014 atas faktor kesuntukan masa untuk bersama dan direcordkan secara D.I.Y. di home studio kami. Ianya akan dikeluarkan dalam tahun ini juga oleh label tempatan serta turut direleasekan di luar negara (masih dalam peringkat perbincangan) dan kami berharap agar demo yang kedua ini lebih baik berbanding yang sebelumnya.

(8) Apakah keistimewaan dan kelebihan ketara yang anda letakkan dalam “War Brutality” berbanding “Kedamaian Jalan Hitam”? 
Perubahan atau kelebihan yang terdapat di dalam demo “War Brutality” adalah dari segi vocal yang mungkin lebih sexy dan menawan hahaha serta mutu sound muzik yang mungkin bagi kami lebih baik daripada sebelumnya namun ianya masih berada di dalam kotak wilayah pagar kawat berduri rilisan berstatus demo.

Tarantulah - Kedamaian Jalan Hitam Re-release
Evil Punk Records (Belarus)

(9) Okay, ada rilisan-rilisan lain yang mahu anda perkatakan; samada yang telahpun diriliskan dan juga yang berada dalam rancangan untuk diriliskan?
Released 2012:
Tarantulah Promo - Self Release
Mix Tape Free Acheh Punk Vol.3 - Bandung Pyrate Punk
Yang Penting Berisik Compilation - Noiseblastmedia Records
6 Way Split - Chaotic Of Psycho Golden Triangle
Featuring Kudetor (Indonesia), Tussock (Malaysia), Blood Soaked Street Of Social Decay (Thailand), Kryast (Indonesia), Untha Attack (Thailand) and Tarantulah (Malaysia).
Kedamaian Jalan Hitam (Black Peace Way) Demo - Trooper Art Regime Distro
Released 2013:
Kedamaian Jalan Hitam (Re-Release Demo) - Evil Punk Records
Kedamaian Jalan Hitam (Re-Release Demo) - Fuck The Industry Record
Kedamaian Jalan Hitam (Digital Release) - Ultra Rock Records
3 Way Split - Kemusnahan Sejagat - with Penguasa Anjing and Strength Enemy
Upcoming Release 2014:
Ungovernable Resistance Phillippines Compilation 
Freedom Punker Next- In Grind We Punx Compilation Vol.1
Split Psycotic Sufferance / Tarantulah

Tarantulah juga bersedia dengan hati yang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana kawan-kawan / band / label yang memerlukan karya kami  tidak kira split / kompilasi / online compilation.

(10) Saya tidak berjumpa sebarang informasi berhubung penglibatan Tarantulah dalam gig / persembahan live. Mengapa? Adakah kerana tiada jemputan atau tiada kesempatan untuk beraksi di pentas, ataupun sememangnya Tarantulah berpendirian untuk tidak bermain gig (hanya sebagai studio band)?
Tarantulah ada menerima beberapa jemputan untuk mengadakan persembahan/gig daripada beberapa rakan tapi kami terpaksa menolak secara baik kerana faktor kesibukan dan kekangan masa yang amat terhad. Walau bagaimana pun kami akan cuba juga sedaya upaya untuk suatu hari nanti beraksi di dalam gig/persembahan secara live. Untuk ketika ini tumpuan banyak ditumpahkan ke arah proses penciptaan dan rakaman lagu di home studio kami.

(11) Pendapat anda: Adakah sifat underground tulen masih hidup di negara ini sedangkan DIY (Do-It-Yourself) kian pudar dalam situasi siber dan millenia?
Bagi pendapat kami konsep D.I.Y terpulang kepada cara pembawakannya atau secara simboliknya “kita bergerak sendiri kita buat sendiri” tetapi ianya perlulah seiring dengan arus kemodenan serta kemajuan masa kini. Sebagai contoh kalau dulu kita menggunakan surat menyurat sebagai media perhubungan tetapi dengan adanya teknologi terkini kita menggunakan pelbagai media sosial untuk berhubung dengan rakan-rakan tidak kira di dalam atau di luar negara dengan pantas dan mudah sama ada untuk memperomosikan band dengan kaedah kita sendiri tanpa campur tangan kerakusan kapitalisma.  

(12) Tanggapan saya: Tarantulah tiada kemampuan untuk muncul dalam program Muzik-Muzik atau Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3. Apa respon anda?
Program apa tu? Hahahaha!

Tarantulah - Pukul Mereka Dalam Diam (Live D.I.Y Video)

(13) Kata-kata penutup?
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada editor kerana sudi menemuramah band Tarantulah yang masih merangkak-rangkak dan tak seberapa ini. Beri sokongan yang baik tidak kira band baru atau lama dan berkarya atas faktor kejujuran.

OFFICIAL PAGE:

No comments:

Post a Comment